Home Klik Di Bawah

Selasa, 9 Jun 2015

Banyak Yang Tertipu Kerana Dua Perkara

Banyak yang tertipu kerana dua perkara. Dua perkara inilah yang akan membuatkan manusia lalai untuk beramal dan beribadah kepada Allah. Didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ibn Abbas r.a. yang mengatakan bahawa:

"Dua jenis nikmat yang banyak orang tertipu kerananya iaitu, kesihatan dan juga masa lapang,"

Rasulullah s.a.w. menggesa umatnya supaya segera beramal dan beribadah , dan tidak perlu menunggu sehingga hari tua dan pencen terlebih dahulu, barulah hendak melakukan semua itu. Ini dapat kita lihat melalui satu hadis nabi yang diriwayatkan melalui Abu Hurairah r.a. yang bermaksud :

"Segeralah beramal dengan amalan-amalan di dalam Islam. Nanti akan berlaku fitnah bagaikan kepingan malam yang gelap gelita. Pada masa itu, seorang lelaki akan menjadi beriman pada waktu pagi, tetapi menjadi kafir pada waktu petangnya, dan akan beriman pada waktu petang, tetapi menjadi kafir pada waktu pagi keesokannya. Dia menjual agamanya dengan dunia dengan harga yang murah,"




Sepatutnya seseorang itu menghabiskan masanya, baik pada siang hari ataupun pada malamnya dengan amalan kebaikan yang akan menjadi modal kepadanya untuk menghapuskan kejahilan dan kesesatan. Tidak ada sesuatu yang lebih mahal daripada masa yang dihabiskan dengan amalan-amalan kebaikan.

Syyidina Umar r.a. Pernah Mengatakan :

"Lautan itu ada empat iaitu, hawa adalah lautan dosa, nafsu pula adalah lautan syahwat, maut adalah lautan umur dan kubur adalah lautan penyesalan.

Syyidina Ali Pernah Mengatakan :

"Sesiapa yang rindu kepada syurga, hendaklah segera melakukan kebaikan. Sesiapa yang takut kepada neraka, hendaklah berhenti dari mengikut nagsu syahwat. Sesiapa yang yakin dengan kematian, musnahlah pada pandangannya segala kelazatan dan keseronokkan dunia, dan sesiapa yang kenal dunia, akan mudah baginya menghadapi segala musibah di dunia.

Hatim al-Asammi Pernah Mengatakan :

"Empat perkara yang tidak diketahui nilainya yang sebenar melainkan empat jenis manusia. Keremajaan umur tidak diketahui nilainya yang sebenar melainkan orang tua. Kesejahteraan tidak diketahui nilainya yang sebenar melainkan orang yang terkena bala. Kesihatan tidak diketahui nilainya yang sebenar melainkan orang yang sakit, dan hidup tidak diketahui nilainya melainkan orang yang telah mati.

Khalid bin Ma'dan Pernah Mengatakan :

"Apabila salah seorang daripada kamu membuka satu pintu kebaikan, bersegeralah melakukan kebaikan itu, kerana sesungguhnya dia tidak akan tahu bila pintu tersebut akan ditutup.

Segera Melakukan Ibadah Untuk Elakkan Tertipu Kerana Dua Perkara


Banyak Yang Tertipu Kerana Dua Perkara

Asal di dalam ibadah ialah segera dilakukan. Setiap orang perlu sedar, nafas-nafasnya terbatas dan detik masanya amatlah singkat. Perjalanan menuju ke akhrat terlalu jauh dan memerlukan banyak bekalan.
Seperti dalam kehidupan kita sekarang ini, kita memerlukan bekalan yang besar sekiranya kita hendak bermusafir ke Mekah, Jordan, Kuala Lumpur dan seumpamanya. Tidak lah masuk akal sekiranya kita hendak kembali ke Akhirat dengan tidak membawa apa-apa bekalan.

Segera melakukan amalan ketaatan adalah sifat orang-orang yang beriman, seperti Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Mukminun ayat 60-62 yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan, sedang hati mereka gementar dan takut kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka. Dan Kami tidak memberati seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya, dan di sisi Kami ada sebuah Kitab suratan amalan yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya,"

Kesimpulannya, keperluan melakukan ibadah perlu disegerakan dan tidak boleh ditangguhkan, kerana manusia tidak tahu bila mereka akan mati. Malah, mati itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja, sama ada kepada orang yang sakit mahupun orang yang sihat.

Begitul sedikit perkongsian daripada saya mengenai Banyak Yang Tertipu Kerana Dua Perkara
 http://risalahsemasa.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan