Home Klik Di Bawah

Khamis, 25 Jun 2015

Cara Memikat Hati Wanita Dengan Mudah. Ada Rahsianya!


Memikat wanita dengan pertanyaa, “Pukul berapa sekarang?” itu sangat lapuk. Juga dengan cara “feeewitttt” yang geli-geleman bila kita lihat. Berjalan sebelah wanita dan mula ‘mengorat‘ mereka dengan berjalan seiringan juga sangat menjengkelkan.

Ada wanita yang mahu didekati cara begitu. Ada yang tidak. Golongan yang tidak mahu didekati cara sebegini ialah golongan yang mementingkan kualiti.



Bukannya memilih

Kami golongkan kumpulan wanita ini golongan yang sofistikated, kreatif dan berkeyakinan tinggi. Wanita yang berkeyakinan tinggi dan kreatif tidak sama dengan wanita yang lain. Mereka berfikir di luar kotak, dan sentiasa mahukan perubahan baru.

Mereka tidak suka berada dalam dunia stereotaip, hidup dalam protokol yang menentukan cara hidup mereka. Mereka mahu mencorak hidup mereka sendiri. Cara mereka melihat dunia adalah berlainan dengan orang lain.

Instagram?

Kebanyakan wanita seperti ini tidak mengadu-domba di Facebook. Mereka lebih gemar berada di Instagram dan Twitter. Lebih bebas katanya.

Tanda-tanda wanita yang sebegini adalah mereka selalu memakai pakaian atau aksesori yang dibuat sendiri, atau pakaian mereka adalah jenis custom-made. Mereka juga akan bercakap banyak topik tentang trend terkini dan juga cerita-cerita wayang yang mempunyai kesan efek khas atau sinematografi yang kreatif. Barang-barang yang dibeli juga kebanyakannya dari Instagram!

Mereka tidak suka bergosip dan bercakap kosong seperti wanita-wanita biasa. Sifat mereka lebih berdikari dan lebih bergantung pada diri sendiri daripada bergantung pada orang lain.

Cara memikat hati wanita yang sebegini

1. Sentiasa membuat jenaka intelek, lawak ‘pandai

Wanita memang suka lawak jenaka dan gelak ketawa menunjukkan mereka selesa dengan kita. Walaubagaimanapun, wanita yang kreatif adalah sedikit berlainan dari wanita biasa. Mereka menyukai jenaka yang intelektual, atau berkaitan dengan minat mereka.

Anda perlu pandai menyusun jenaka anda secara selamba, dan selain itu juga berinformasi. Sedikit lawak juga akan membuatkan jenaka itu lebih berkesan. Ingat, lawak ‘pandai‘ ya, bukan lawak ‘bodoh‘.

2. Sentiasa buatkan mereka selesa

Wanita sebegini amat terbuka tentang jantina, namun ada batas-batasnya. Pemikiran mereka agak selari dengan lelaki, jadi topik-topik lelaki boleh dibincangkan dengan mereka asalkan tidak melangkaui batas.
Jangan biarkan mereka terasa terasing dalam topik perbualan anda, ketika dalam perbualan kumpulan atau perseorangan. Mereka mungkin akan cuba masuk dalam perbualan anda, tetapi ada golongan wanita yang agak malu ketika berbual dengan lelaki, jadi anda perlu memberi ruang untuknya.

3. Hadiahkan sesuatu yang unik

Jika anda hendak menghadiahkan sesuatu yang unik pada teman wanita anda yang kreatif, jangan berikan sesuatu yang biasa seperti bunga atau aksesori.

Berikan sesuatu yang luar biasa bergantung pada minat teman wanita anda. Jikalau anda hendak menghadiahkan sesuatu yang biasa juga, sampaikan dengan cara yang unik dan luar biasa. Wanita yang kreatif amat menghargai kreativiti dan usaha yang dilakukan oleh teman lelaki mereka.

4. Tonton cerita wayang lain dari yang lain

Jikalau anda mempunyai teman wanita yang kreatif, pastikan cerita wayang itu menarik dan mempunyai teknik sinematografi dan efek visual yang lain dari yang lain.

Cerita romantik atau seram yang biasa membuatkan teman wanita anda berasa cepat bosan, dan mereka mungkin rasa mengantuk, atau mahu keluar cepat dari wayang. Selain itu, jika cerita wayang itu amat menyakinkan dan memukau teman wanita anda, mereka akan bercerita topik wayang tersebut selepas keluar panggung wayang.

Pastikan anda membuat kajian terhadap wayang tersebut sebelum menontonnya, kerana teman wanita anda mungkin akan bertanya soalan trivia tentang wayang tersebut.

5. Fahami bidang yang mereka ceburi

Jikalau teman anda seorang yang kreatif, pastikan anda mengetahui atau cuba mendalami apakah bidang yang mereka ceburi. Walaupun anda mungkin tidak mengetahuinya, namun mereka amat gembira apabila anda mengambil tahu apa yang mereka buat ataupun cuba untuk mengetahuinya.

Mereka juga akan sentiasa cuba untuk menerangkan pada anda bidang yang mereka lalui, jadi cubalah menambat hati mereka dengan mengambil kira minat mereka.

6. Romantik

Jika anda seorang yang romantik, ianya akan memberi kelebihan pada anda. Sajak dan kata-kata puitis akan dapat menambat hati wanita yang kreatif. Namun ianya perlu ikhlas dan lahir dari hati.
Jika anda berniat sesuatu yang tidak baik, mereka akan segera mengesannya kerana hati mereka yang sensitif.

7. Sentiasa ambil berat

Hati wanita yang kreatif adalah sensitif. Jadi sentiasalah mengambil berat tentang mereka, perasaan mereka dan pendapat mereka. Sifat hormat pada satu sama lain juga adalah bagus untuk perhubungan.

Akhir kata

Cara memikat hati wanita
Foto Kredit: viwallpaper.com

Namun begitu, apa yang penting dalam hubungan adalah kejujuran dan keikhlasan. Kerana sifat wanita yang kreatif adalah sensitif dan lembut, mereka akan cepat mengetahui apa yang tersirat dalam fikiran anda. Imaginasi mereka melangkaui apa anda jangkakan, jadi mereka juga cepat cemburu.

Jagalah hati mereka dengan lembut dan ikhlas, dan mereka akan menerima anda seadanya.
siraplimau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan