Home Klik Di Bawah

Rabu, 10 Jun 2015

Fatimah binti Asad - Pengganti Khadijah dan Abu Thalib

fatimah-binti-asad

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Pada tahun ke-9 hijrah, Ummul Mukminin Khadijah pulang ke rahmatullahi menghadap ilahi. Rasulullah saw sangat sedih atas pemergian Khadijah, ini kerana Khadijah adalah orang yang paling banyak membantu perjuangan Rasulullah saw . Selepas Khadijah ra tiada tetapi 'Khadijah' lain yang membantu berjuang demi islam agar terus berkembang. Fatimah binti Asad Pengganti Khadijah dan Abu Thalib


Hal ini terbukti apabila Khadijah wafat dia meninggalkan seorang wanita yang setia menjaga Rasulullah saw. Dia ialah seorang wanita yang lembah-lembut, pandai serta mempunyai kedudukan yang tinggi melebihi wanita yang lain. Dia adalah wanita bernama Fatimah binti Asad.


Fatimah binti Asad merupakah isteri Abu Thalib bin Abdul Mutalib, ibu saudara dan pemimpin kaum muslimin. Fatimah binti Asad juga adalah ibu kepada Saidina Ali bin Abi Thalib Amirul Mukminin. Fatimah binti Asad pula menggantikan kedudukan dua insan yang Rasulullah saw sayangi Khadijah dan Abu Thalib selepas meninggal dunia. Hal ini berterusan sehingga Rasulullah saw berhijrah ke Madinah bersama-sama kaum muslimin yang lain. 


Imam Az-Zahabi berbicara tentang Fatimah binti Asad bin Hasyim bin Abdi Manf bin Qushay. Selain ibu kepada Saidina Ali bin Abi Thalib adalah merupakan suami kepada Fatimah Az-Zahra anak perempuan Rasulullah saw merupakan wanita pertama suku Bani Hasyim yang pertama berhijrah ke Madinah.

Tentang keagungan wanita ini, Ibnu Said berkata:"Dia adalah wanita yang sangat solehah. Bahkan Nabi saw sering mengunjungi dan qailullah (berehat di sianghari) di rumahnya."

Manakala mengenai waktu beliau meninggal dunia para ulama berselisih pendapat. Menurutnya Ibnu Hajar Fatimah bin Asad meninggal dunia sebelum hijrah Rasulullah saw. Namun pendapat yang lebih rajih, mengatakan beliau meninggal selepas hijrah kerana menyusul Rasulullah saw ke Madinah dan meninggal. Hal ini diperkuatkan ada pendapat Asy-Sya'bi mengatakan bahawa dia memeluk islam di Makkah kemudian berhijrah ke Madinah dan meninggal dunia.

Catatan terakhir tentang keagungan wanita ini jelas daripada hadis yang dikeluarkan Ibnu Abi Ashim daripada Abdullah bin Muhammad bin Umar bin Ali bin Abu Thalib daripada bapanya ketika meninggal dunia Rasulullah saw mengapankan jasad Fatimah binti Asad dengan bajunya. Rasulullah saw bersabda :
 "Sepeninggalan Abu Thalib aku belun pernah bertemu dengan orang yang lebih baik kepadaku selain Fatimah binti Asad."

Oleh kerana itu Rasulullah saw tidak melupakan kebaikan Fatimah kepada Baginda dan anaknya Saidina Ali bin Abi Thalib. Dia sangat mengambil berat tentang menantunya, Fatimah binti Rasulullah saw dan membantu dalam urusan yang menjadi kewajipan seorang isteri. Dalam riwayat Al-Amasy daripada Amru bin Marah daripada Abu al-Bukhtari daripada Ali bahawa Ali berkata :Aku pernah berkata kepada ibuku, Cukuplah Fatimah sahaja yang mengambil air dan keluar apabila ada keperluan. Cukuplah bagi kamu untuk mengadun tepung untuk membuat roti."

Oleh kerana kebaikannya itu, Saidina Ali (anaknya) pernah menegur agar jangan terlalu membantu Fatimah."

Semasa hidupnya, Fatimah binti Asad dikenali sebagai wanita yang mempunyai banyak pengetahuan agama dalam meriwayatkan hadis sebanyak 46 hadis. Dalam kitab Shahihain dia meriwayatkan satu hadis Muttafaq'alaih.

Sebagaimana diketahui bahawa Fatimah binti Asad adalah wanita contoh penolong agama Allah sekaligus pendamping setia Rasulullah saw. Oleh kerana itu, wajarlah ketika meninggal Rasulullah saw berada bersamanya. Bahkan Baginda sendiri turun ke liang lahad untuk membaringkan jasad sucinya. Sehingga terpancar cahaya illahi dalam kuburnya dengan semerbak roh sucinya dan curahan rahmat Sang Pencipta, Allah SWT.

Ketika ada sahabat bertanya kepada Rasulullah saw,"Wahai Rasulullah kami belum pernah melihat kamu berbuat kepada seseorang seperti mana yang kamu lakukan pada wanita ini (Fatimah binti Asad)."

Rasulullah saw menjawab,"Sesungguhnya tidak ada orang yang yang lebih baik kepadaku setelah Abu Thalib meninggal dunia selain dia."

Begitulah Allah SWT memberikan keutamaan pada seseorang yang dikehendakiNya. Hanya Dia Pemilik Keutamaan Yang Paling Agung.

Daripada ;
http://mselim3.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan