Home Klik Di Bawah

Ahad, 28 Jun 2015

Jom Lihat - Proses kejam siat kulit buaya untuk beg tangan mewah

Proses kejam siat kulit buaya untuk beg tangan mewah
peta2 memuat naik sebuah video yang memaparkan dokumentasi proses kejam mendapatkan kulit buaya untuk pembuatan barangan mewah. 
 
 
 
Sebuah video yang dimuat naik di Facebook memaparkan penyiasat peta2 mendokumentasi proses pembuatan barangan mewah menggunakan kulit buaya terus dari sumbernya.

peta2 merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan pada tahun 2002 bagi melindungi nasib haiwan-haiwan yang teraniaya. Selain itu, peta2 turut memperjuangkan hak asasi haiwan yang tidak terbela.
 

Haiwan-haiwan ini dibunuh secara kejam bagi mendapatkan kulitnya untuk dijadikan aksesori fesyen berjenama mewah.
 

Sesetengah buaya ini kelihatan masih hidup dan berusaha untuk melarikan diri, beberapa minit selepas para pekerja ‘mencabut’ nyawa mereka.



Amerika Syarikat memiliki beberapa kilang pemprosesan kulit buaya. Kilang yang beroperasi di Winnie, Texas menjadi tumpuan para penyiasat peta2.

Alangkah terkejutnya apabila mereka mendapati haiwan-haiwan ini ditempatkan di kawasan yang gelap, busuk dan tanpa sumber air yang bersih mahupun cahaya matahari.

Buaya-buaya ini dibunuh seawal usia 1 tahun menggunakan senjata elektrik mahupun ditoreh dengan kejam secara hidup-hidup.

Perkara yang hampir sama berlaku di fasiliti yang beroperasi di Zimbabwe, Afrika. Beribu ekor buaya dikurung dalam kurungan konkrit sejak lahir sehingga disembelih.

Secara amnya, seekor buaya boleh hidup sehingga mencecah usia 80 tahun. Namun jangka hayat spesis Crocodylinae di sini hanyalah tiga tahun sebelum dibunuh dan kulitnya dijadikan beg tangan, jam dan dompet berjenama mewah.

Sejak di muat naik pada 25 Jun lalu, dokumentasi pendek tersebut dikongsi lebih 47 ribu pengguna Facebook dan mendapat 15 ribu likes.

Laman Twitter turut dipenuhi pelbagai reaksi yang rata-ratanya terkejut dengan kekejaman yang dipraktikkan terhadap haiwan reptilia ini.

Organisasi itu turut menyediakan petisyen bagi membantah kekejaman terhadap buaya selain penggunaan kulit haiwan sebagai barangan fesyen. Menyasarkan 10,000 tandatangan, sehingga kini berjaya memperoleh 5,150 penyertaan. 
awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan