Home Klik Di Bawah

Jumaat, 12 Jun 2015

Kenali Safiyah Binti Abdul Talib Mujahidah Pertama Pembunuh Musyrik

Mujahidah Pertama Pembunuh Musyrik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tokoh wanita di sisi Rasulullah saw kali ini ialah Safiyah Binti Abdul Talib Mujahidah Pertama Pembunuh Musyrik, Safiyah ialah ibu saudara Rasulullah saw. Ibunya bernama Halah binti Wahab, saudara perempuan Aminah, bonda Rasulullah saw. Safiyah pernah berkahwin dua kali , suaminya yang pertama bernama al-Haris bin Harb meninggal dunia ketika Safiyah muda. Suaminya yang kedua bernama al-Awwam bin Khuwailid, saudara Khadijah isteri Rasulullah saw. Hasil perkahwinan dengan al-Awwam dia dikurniakan dengan anak lelaki bernama Zubair ra, pembantu Rasulullah saw. 


Safiyah merupakan seorang wanita yang banyak pengalaman. Dia memiliki kepercayaan yang sangat tinggi berbeza dengan wanita yang lain di zamannya. Safiyah termasuk dalam kategori wanita yang pemberani. Keberaniannya ini ini telah mendorongnya untuk turut sama dalam perang dengan bergabung dengan muslimin yang untuk melawan musuh. 

Safiyah seorang muslimah pertama yang menewaskan orang musyirik dalam sebuah peperangan. Keberaniannya terbentuk dengan penuh keimanan. Jadi tiadk hairanlah jika anak lelakinya Zubair ra menjadi pemuda yang berdisplin hasil didikan daripada Rasulullah saw dengan memiliki kemahiran menunggang kuda, bermain pedang dan ilmu-ilmu berperang yang lainnya. 

Safiyah adalah kumpulan pertama yang memeluk islam. Dia termasuk yang mepunyai kekuatan menghadapi seksaan biadap kaum kafir. Dia menghadapinya dengan gagah berani dan tabah. 
Kekalahan kaum Quraisy dalam Perang Badar menyebabkan mereka mengumpul kekuatan bersama kabilah Kinanah dan Tinamah Arab yang lain untuk menakluk kaum muslimin. Pada pertengahan bulan Syabaan tahun ketiga hijrah. sekitar 3,000 orang kaum kafir menyerbu Madinah. 

Bagi menghadapi serangan ini, Rasulullah saw sempat bermusyawarah dengan para sahabat. Ada pendapat sahabat yang supaya tentera islam menunggu di dalam Kota Madinah. Pendapat ini diusulkan oleh sahabat yang mempunyai pengalaman. Akhirnya Rasulullah saw memutuskan untuk menghantar pasukannya dengan kekuatan 1,000 orang. Namun, dalam perjalanan 300 orang telah belot dan golongan munafik ini dipimpin oleh Abdullah bin Ubai. 

Hanya sekitar 700 orang yang meneruskan perjalan ke medan perang. Antara mereka yang sampai ke medan Perang Uhud ialah Safiyah bin Abdul Mutallib. Dia besama-sama dengan muslimah yang lain berada dibarisan belakang menguruskan makanan dan minuman tentera islam serta membaiki senjata yang rosak. Perang ini terjadi disekitar Bukit Uhud yang terletak diantara Kota Makkah dan Madinah. 

Rasulullah saw membentuk pasukannya menjadi beberapa kumpulan atau kelompok. Pasukan penyerang terdiri daripada dua kelompok sayap kanan dipimpin oleh Munzir bin Amr dan sayap kiri dipimpin oleh Zubair bin Awwam, anak lelaki Safiyah binti Abdul Mutalib serta diperkuatkan dengan Miqdad bin Aswad. Pasukan ini bertugas menghalau pasukan Khalid bin Walid (yang masih itu belum islam). Manakala di barisan paling hadapan perwira-perwira yang menguji kemampuan mereka di medan Perang Badar. 

Selain itu, Rasulullah saw memulih sekumpulan sahabat yang pandai memanah. Mereka berjumlah seramai 50 ini yang dipimpin oleh Abdullah bin Jubair bin Nu'man al-Anshari. Baginda memerintahkan mereka berpusat di atas bukit Rumat yang terletak di tepi selatan lembah Qanat sekitar 150 meter ke arah tenggara daripada pasukan muslimin. 
Tujuan penempatan pasukan ini seperti mana yang disabdakan :"Seranglah musuh yang menyerang kita dengan anak panah. Jangan sampai kita diserang dari arah belakang. Tetaplah berada di tempat kamu samada ketika kita menang maupun kalah agar musuh tidak menyerang kita dari arah kamu semua." 

Melalui pasukan tersebut, Rasulullah saw telah menutup satu-satunya kawasan yang mungkin dimasuki oleh musuh. Strategi ini sangat hebat . Inilah salah satu contoh kecekapan Rasulullah saw dalam mengatur strategi pasukan. 

Manakala di bahagian belakang pasukan muslimah mereka telah bersiap sedia menjalankan tugas mereka seperti menyediakan air, makanan, dan keperluan lain. Disinilah Safiyah binti Abdul Mutalib memainkan peranan. Dengan penuh kasih sayang dia dan muslimah lain mengubati dan merawat kaum muslimin yang terluka. 

Pada mulanya kaum muslimin menguasai peperangan bahkan hampir mengalahkan musuh. Namun, ketika kemenangan hampir sebahagian mereka yang berada dibarisan hadapan terpesona dengan ghanimah atau harta rampasan yang mereka perolehi. Akibatnya, pasukan yang dipimpin Khalid bin Walid yang mahu melarikan diri berpatah balik dan menyerang pasukan yang berada di atas bukit Rumat. Pasukan yang diperintahkan Nabi untuk bertahan dalam keadaan walauapa pun yang terjadi mereka turun berlumba-lumba berebut harta rampasan perang. 

Peluang ini yang dimanfaatkan Khalid bin Walid untuk menghancurkan kaum muslimin sehinggakan tidak ada seorang pun yang berjaya melepaskan diri. Bahkan kaum muslimin yang berjaya menghancurkan pasukan lawan dibarisan hadapan menjadi kelam-kabut sehingga keadaan menjadi runcing. Safiyah yang melihat keadaan ini hatinya tersentuh dan semangat berjuang menjadi berkobar-kobar. Bagaikan singa betina, dia menyambar pedang dan menyerbu ke medan Perang Uhud. Pedangnya menari-nari menebas tubuh musuh. 

Rasulullah saw menyaksikan hal tersebut segera memanggil Zubair bin Awwam anak lelaki Safiyah."Zubair, susullah ibumu. Halanglah dia supaya tidak terus maju. Bapa saudaramu Hamzah telah terbunuh. Jangan sampai dia tahu,"kata Rasulullah saw.

"Baiklah Rasulullah,"Jawab Zubair. Dia kemudian memacu menunggang kuda. Dia berjaya menghampiri Safiyah dan berteriak. Safiah menoleh ke arah teriakan itu. Zubair memberitahu agar Safiah berundur kerana bimbang dengan keselamatan Safiah. Namun Safiah tetap dengan semangat juangnya yang tinggi tidak sesekali undur. Setelah diberitahu kepada Rasulullah saw bahawa Safiah tidak mahu berundur. Hal ini direstui Rasulullah saw dan membiarkan Safiah terus berjuang bersama-sama dengan tentera dalam Perang Uhud ini.

Sementara itu, Safiah binti Abdul Mutalib terus menyerang dan semangat jihad terus bergelora. Dia terus maju dan berusaha mencari saudaranya Hamzah bin Abdul Mutalib yang dikhabarkan gugur. Akhirnya dia berjaya menemui saudaranya itu yang terbaring disekitar mayat kelihatan secebis mamahan daging jantung Hamzah yang dimuntahkan kembali. Safiyah geram apabila saudaranya diperlakukan sedemikian rupa. Namun dia dapat menguasai diri dan Safiah pasrah atas ketentuanNya yang Saidina Hamzah telah syahid sebagai para syuhada. Semoga Allah memberikan pahala yang berlipat gampa.

Keimanan yang tinggi telah membuatkan Safiyah tenang menghadapi segala kesulitan sebagai ujian hidup di dunia ini. Keimanan yang menimbulkan harapan dan keberanian dengan didasari semangat juang yang tinggi dan iman yang teguh. Wanita muslimah seharusnya menjadi kisah Safiyah Binti Abdil Talib Mujahidah Pertama Pembunuh Musyrik ini sebagai teladan yang harus diikuti oleh muslimah yang lain pada masakini.

Daripada ;
http://mselim3.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan