Home Klik Di Bawah

Ahad, 21 Jun 2015

Negara Waktu Berpuasa Paling Lama Dan Paling Singkat Bagi Tahun 2015

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMnyEb0hKvSdmD32iMkLi3CVrc1WyYUOhke5f4y40goHx64PB-WW85vmxTyXh72vj4VgfKxw-Vzf5jzrCFia_dIYFATKMOOT8RLMEamOUGcxHPk_cI0TEia6PLy_qUUrHAdmMkUz3g53rQ/s1600/2171.jpg

Puasa paling lama
Dalam sejarah, waktu paling lama puasa Ramadhan terjadi di Iceland iaitu 21 jam 57 minit atau hampir 22 jam. Kedua di Sweden dengan 20 jam 57 minit atau hampir 21 jam.
Bagi Ramadhan 2015, seperti yang dipetik dari laman Emirates 24/7 pada Rabu, 17 Jun 2015, waktu puasa terpanjang akan berlaku di Denmark dengan 21 jam, namun ia tidak akan menjadi rekod puasa terpanjang.
Iceland berada di kedudukan kedua dengan kira-kira 20 jam, bersama Sweden dan Norway. Diikiti Belanda dan Belgium dengan 18 jam 30 minit.
 
Puasa di Sepanyol akan berlangsung selama 17 jam 30 minit, lalu di UK dan Jerman 16 jam dan 30 minit. Sementara Amerika Syarikat (AS), Perancis, dan Itali ‘hanya’ berlangsung selama 16 jam.
Menurut para ahli astronomi, bahagian utara bumi bukan sahaja akan mengalami tempoh terpanjang puasa, tapi juga yang paling panas sekurang-kurangnya dalam 33 tahun terakhir untuk Ramadhan ini.
Ramadhan 2015 juga disebut akan menjadi yang paling panas dalam sejarah masa kini, dengan banyak negara kini mengalami musim panas yang ekstrem, seperti India yang mengalami suhu sehingga 50 darjah celsius.
Tetapi musim panas di India tidak akan menjadi yang paling teruk, kerana suhu di sebahagian wilayah Arab Saudi, disebut akan mencapai 65 darjah celsius.
Puasa paling singkat
Bagi Ramadhan 2015, tempoh puasa paling pendek di Argentina dengan hanya sembilan jam. Australia berpuasa selama sepuluh jam, Afrika Selatan 10 jam 30 minit, dan Brazil 11 jam.
Di Asia, waktu puasa akan berbeza-beza antara 13 jam hingga 14 jam 30 minit.
Tempoh puasa di Mesir akan menjadi yang terpanjang di kawasan Timur Tengah dengan 16 jam.
Negara-negara Arab seperti Bahrain, Arab Saudi, Tunisia dan Palestin akan berlangsung 15 jam. Sudan akan menjadi negara Arab paling pendek tempoh puasanya ‘hanya’ 14 jam.
Kredit: Realitiabadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan