Ingatkah anda dengan Misteri atau Mitos Angka 13?
Kepercayaan yang begitu menular di dunia barat sehingga ada yang
mempercayainya sebagai nombor sial atau malang.� Namun sebaliknya ianya
tidaklah menjadi satu kesialan bagi masyarakat Jepun. Kalau di dunia
Barat, tingkat 13 biasanya sengaja ditinggalkan atau pun dinamakan
sebagai 12b dan sebagainya, bagaimana pula dengan kepercayaan mitos
masyarakat Jepun? Di Jepun masalah mitos dan kepercayaan kepada pantang
larang ini juga wujud, dan marilah kita lihat apakah bentuk pantang
larang dan kepercayaan orang-orang Jepun.
1. Kepercayaan Nombor 4 dan 9
Angka 4 dan 9 dianggap sebagai nombor atau angka sial di kalangan
masyarakat Jepun kerana sebutannya iaitu 4 sama dengan kata untuk
“kematian ” (shi). Manakala nombor 9 pula disebut �ku� bermaksud
“kesengsaraan”.� Oleh kerana itu, orang tidak boleh membuat hadiah yang
terdiri daripada empat bahagian atau kuantiti, dan seumpamanya.
Di Jepun ada beberapa hotel dan hospital di mana bilik yang
menggunakan angka 4 dan 9 akan samaada tidak diwujudkan terus atau
dinamakan sebagai nombor sebelumnya dengan tambahan sekuens seperti 3b,
13A dan sebagainya. Begitu juga dengan nombor pada katil di hospital di
mana nombor 4 dan 9 tidak digunakan.
2. Penyepit (Copstik) dibiarkan tertusuk ke nasi
Jangan sekali-kali anda menusuk penyepit copstik anda ke dalam makanan
secara umumnya, terutamanya ke dalam nasi kerana perbuatan itu hanya
dilakukan semasa upacara pemakaman jenazah (copstik ditusuk ke dalam
nasi untuk tujuan adat pemakaman orang yang meninggal)
3. Berikan makanan dari penyepit kepada penyepit
Ini hanya dilakukan dengan tulang-tulang badan simati yang dikremasi di tempat pemakaman.
4. Tidur Mengarah ke Utara
Jangan tidur dengan badan berdepan ke arah utara kerana hanya mayat sahaja yang diletakkan sedemikian.
5. Jangan Tunjukkan Ibu Jari Anda
Jika kereta jenazah melintasi anda, anda harus menyembunyikan ibu jari
anda. Sekiranya tidak, ibubapa anda dikhuatiri akan meninggal dunia
selepas ini. Kepercayaan berdasarkan kepada perkataan �oya yubi� yang bererti “ibu jari” manakala “oya” juga membawa erti “ibubapa”.
6. Potong kuku pada malam hari
Jika anda memotong kuku pada malam hari, anda tidak akan dapat bersama ibubapa anda ketika mereka mati.
7. Berbaringlah setelah makan
Jika anda sekali-kali berbaring sebaik saja selepas makan, kerana akan dikhuatiri menjadi seekor lembu.
8.Bersiul di malam hari
Jika anda bersiul di malam hari, ular itu akan datang kepada anda.
9. Kucing hitam
Ada juga beberapa kepercayaan tahyul yang diambil daripada kepercayaan
lain seperti percaya bahawa sekiranya kucing hitam menyeberangi jalan di
hadapan anda, ianya menyebabkan nasib buruk atau sesuatu kesialan akan
berlaku pada anda.
Pada banyak kuil, candi dan kedai-kedai suvenir, tangkal azimat
dijual dengan beranggapan ianya dapat membawa kemenangan, keselamatan
atau nasib baik serta pendinding kepada sebarang sial dan nasib buruk.
Ada pelbagai tangkal azimat untuk tujuan tertentu seprti untuk kekayaan,
kesihatan, cinta, kejayaan pada ujian, keselamatan di jalanan.
Terdapat juga kertas potongan kecil yang dipanggil omikuji
dijual yang dipercayai mampu meramalkan masa depan anda . Potongan
kertas yang telah dibaca akan diikatkan pada cabang ranting pokok
bertujuan samada untuk membawa nasib yang baik atau untuk mengelakkan
nasib yang buruk di masa depan.
panduan percuma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan