Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pengunjung dari dapur dot com . Kami membawakan kepada anda rawatan tradisional bagi penyakit darah tinggi. Tolong sebarkan kepada insan di sekeliling kita yang memerlukan. Jom lihat 9 Rawatan Tradisional Untuk Penghidap Darah Tinggi Patut Cuba. Semoga disembuhkan oleh ALLAH S.W.T
Rawatan 1 : Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selepas sarapan selama sebulan.
Rawatan 2 : Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah di waktu pagi sebelum memakan sesuatu. Amalkan selama seminggu berturut-turut.
Rawatan 3 : Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari.
Rawatan 4 : Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.
Rawatan 5 : Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Amalkan 2 kali seminggu.
Rawatan 6 : Jadikan pucuk betik sebagai ulam-ulaman ketika anda menikmati makan tengah hari mahupun malam.
Rawatan 7 : Jadikan daun sabung nyawa sebagai ulam-ulaman. Jika anda memakannya secara berlebihan, anda akan berasa mual, loya dan bagaikan hendak muntah. Ini disebabkan oleh cecair daunnya yang berfungsi menurunkan kandungan gula dalam darah.
Rawatan 8 : Daun pegaga boleh dibuat jus sebagai penawar darah tinggi anda.
Rawatan 9 : Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan 2 cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minum 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda menurun.
http://daridapur.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan