Home Klik Di Bawah

Ahad, 26 Julai 2015

Dialog Paling Diingati Dalam Filem P.Ramlee

top 10 dialog paling diingati dalam filem pramlee
Salah satu elemen yang dilihat paling kuat dalam filem-filem terbitan, arahan serta lakonan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee adalah menerusi pengucapan dialog atau pengucapan bagi setiap watak-watak yang ditonjolkannya.
Boleh dikatakan, hampir keseluruhan dialog P Ramlee mudah diingati khususnya dalam filem-filemnya yang bercorak komedi kerana P.Ramlee tahu, masyakat lebih muda menerima komedi berbanding yang lain berdasarkan kepada dialog serta tingkah laku yang dibentuknya.
Sesetengah dialog itu barangkali kedengaran kasar dan agak keterlaluan, namun apa yang menghairankan, penerimaan komuniti masyarakat terhadap dialog-dialog itu tidak sejengkel yang dijangka. Mungkin kerana P.Ramlee bijak mengadunkan senario dan dialog kasar itu bersesuaian dengan suasana atau keadaan.
Tidak terlalu 'melampau' untuk di halwa telinga penonton sebaliknya wujud satu perasaan positif pada hati kita yang itu adalah gurauan jenaka sebenarnya.



Berbalik kepada dialog, memilih 10 antara ratusan dialog menarik beliau bukanlah satu tugas atau kerja yang mudah. Setiap individu mungkin mempunyai dialog kegemaran yang menjadi pilihan mereka. Namun setelah berbincang di kalangan warga editor Murai, ini adalah antara 10 dialog paling berkesan dalam filem P Ramlee yang hingga sekarang masih melekat serta menjadi ikutan di kalangan kita semua.
1) "Walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pojaan hatiku....."
Seniman Bujang Lapok - Aziz (Aziz Sattar) ketika menjiwai watak screen testnya kepada Director Ahmad Nesfu.
2) Alkisaaaaahhh...Tayiiibbbb....Alkisah maka tersebutlah kisahhhhh.... Tayiiiibbbbbb...Sang kancil datang beramai-ramai mengadap ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Firauuuunnn...Mana Firaunnn pakai sultaaaannnn....
Entaah.....
Pendekar Bujang Lapok - Aziz, Sudin dan Ramli cuba menunjukkan kepandaian masing-masing dalam membaca surat, sedangkan ketiga-tiganya buta huruf.
3) Kalau hang pi Alor Staq, kepala hang aku putaq.....
Masam-Masam Manis - watak mak Norkiah kepada Cikgu Shaari, yang kebetulan bermusuhan dengan jirannya tanpa menyedari jirannya itu Norkiah, kekasihnya sendiri.
4) 1 untuk engkau.. 1 untuk aku, 2 untuk engkau 2 untuk aku, 3 untuk engkau, 3 untuk aku.. lepas 3 apa? hentam sajalah, hentam sajalah untuk kau , hentam sajalah untuk aku, lepas hentam sajalah.. bedallah untuk kau, bedallah untuk aku, ehh .. dalam dunia mana ada huruf bedallah, ehh.. dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk kau, ehh.. dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk aku.........................
Nujum Pak Belalang - dua orang pencuri, Badan & Nyawa sedang mengagihkan harta pencurian mereka.
5) Aku lesing karang (beserta aksi)
Labu Labi - Aksi Haji Bakhil memarahi pembantu rumahnya, Labu & Labi.
6) Kesiaaannn.........
Madu Tiga - Rafi, pembantu kepada Jamil diarahkan berlakon untuk melindungi pembohongan Jamil.
7) Alamaaak.. nombor dua lagi lah. Nombor dua lagi lah. Apa boleh buat, nombor dua lagi lah. Mari kita lihat siapa yang kenaaa
Ali Baba Bujang Lapok - Sarjan ketika menganjurkan permainan dadu kerana gajinya dipotong.
8) Haah, itu baru demokrasi.....Demokrasi apa???..... Demokrasi terpimpin....Terpimpin kepala hotak kau!!!
Tiga Abdul - Abdul Wahab dan Abdul Wahib sedang berbincang tentang proses pembahagian harta setelah ayahanda mereka meninggal nanti.
9) Abang Sudin, 20 sen...
Bujang Lapok - Ayu meminta upah sebagai tanda menyimpan rahsia hubungan kakaknya, Eton dan Sudin.
10) Cobaaan
Pendekar Bujang Lapok - Ramli, Ajis dan Sudin begitu asyik dalam mendalami ilmu persilatan mereka sehingga tidak lagi dapat membezakan realiti dan cubaan.
Banyak lagi sebenarnya dialog atau ucapan dari filem-filemnya yang boleh membuatkan kita tak kering gusi. Senarai di atas hanya sebahagian sahaja dari ratusan yang ada.
murai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan