Dewasa
ini, kita banyak mendengar tentang berita-berita kes penceraian dalam keluarga
Melayu Islam di Malaysia. Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 minggu pun dah
bercerai. Padahal, bercinta bertahun-tahun boleh pulak tahan. Kali ini , kami
ingin berkongsi tentang 10 (sepuluh) kesalahan-kesalahan suami dan isteri yang banyak
dilakukan yang mungkin menjadi asbab kepada peningkatan kes
penceraian di Malaysia masakini.
1.
Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri
Banyak
kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum
haid dan nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie dan
tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam
pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah
bagaimana cara memasak dan menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang
cantik dan sebagainya. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan
masalah agama, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami. Padahal
Allah SWT berfirman: “Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,
penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras dan tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang di perintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa
yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}
Maka
para suami diminta untuk tidak sesekali mengabaikan hal ini, kerana semuanya
akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan
agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara
lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam dan
hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak
isterinya menghadiri ke majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh orang-orang
yang berilmu dan sebagainya.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah
di rumah atau di surau/masjid misalnya)
2.
Suka Mencari Kekurangan dan Kesalahan Isteri
Dalam
suatu hadith riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW melarang lelaki yang keluar
dari rumah dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam,
kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri dan cela
isterinya. Bahkan suami diminta bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang
ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana
suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah: “Janganlah
seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak
menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R.
Muslim}
3.
Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri
Ini
termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
(a)
Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran,
Surah An-Nisa : 34}
(b)
Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk
Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c)
Memukul wajah, mencela dan menghina.
Dalam
as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata:
“Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi SAW menjawab: “Hendaklah
engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau
berpakaian, tidak memukul wajah, tidak mencemuh dan tidak meminggir (boikot)
kecuali di dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}
4.
Kikir Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri
“Dan
ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi
orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah
memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah
diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan
seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan)
seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung
kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami
isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai
oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah
(melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang
lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu
mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta
ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu
lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}
Isteri
berhak mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya
bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya,
mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya kikir
dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada
pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi
keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan
suaminya. Sabda Rasulullah SAW: “Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk
keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah
sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}
5.
Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri
Rasulullah
SAW bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya.
Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R.
at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani} Maka suami hendaklah berakhlak baik
terhadap isterinya dengan bersikap lembut dan menjauhi sikap kasar.
6.
Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga
Ini
kesalahan yang paling banyak mengenaai para suami. Padahal lelaki yang paling utama
yakni Rasulullah SAW tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya. Ketika
Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah SAW di rumahnya,
beliau menjawab: “Beliau membantu pekerjaan isterinya dan jika datang waktu
solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}
7.
Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya
“Sesungguhnya
diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat
adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian
dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim} Dalam hadith ini diharamkan
seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya
terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta
apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan
lainnya.
8.
Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri
Wahai
suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau dan isterimu adalah
hubungan yang kuat lagi suci, oleh kerananyalah Islam menganggap penceraian
adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan
menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dan sebagainya. Dan
hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan
gurauan/mainan. Kerana Rasulullah SAW teleh bersabda: “Ada 3 hal yang
kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: nikah, talak
(cerai) dan rujuk.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan”
oleh asy-Syeikh Albani}
Memang
perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada
penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah
pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai
cara untuk menyelesaikannya, kerana kemungkinan besar akan banyak rasa
penyesalan yang ditimbulkan dikemudian hari kelak. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya
Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para
tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling
besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan
melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum
melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah
menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun
mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera
terbaik.” {H.R. Muslim}
9.
Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at
Menikah
untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang
Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian
orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan
sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri.
Terutama isteri pertama dan anak-anaknya. “Kemudian jika kamu takut tidak akan
dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa
: 3} Sikap ini merupakan keadilan yang diperintahkan Allah SWT. Memang benar
berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu
melaksanakannya dengan baik dan tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak
boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah
rumahtangga, menghancurkan anak-anak dan menambah permasalahan keluarga dan
juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya dan perhatikanlah dengan
saksama perkaranya sebelum masuk ke‘dalam’nya.
10.
Lemahnya Kecemburuan
Para
suami membiarkan keelokan, keindahan dan kecantikan isterinya dinikmati dan diperlihatkankan
oleh ramai orang. Dia membiarkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar
rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada
yang bangga kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati
‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang sangat
mulia, sehingga keindahan dan keelokannya hanya diperuntukkan atau dikhususkan
buat suaminya sahaja tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun. Seorang suami
yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya
berjabat tangan dengan lelaki lain yang bukan mahram. “Ditusukkan kepala
seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang
wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}
Seorang
suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan
sabda Rasulullah SAW: “Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu
seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat
suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih} Perhatikan
juga ancaman Rasulullah SAW terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan
terhadap keluarga (isteri): “Tiga golongan yang Allah SWT tidak akan melihat
mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya,
wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’
oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674} Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah
LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.
Semoga
bermanfaat buat kita semua. InsyaAllah.
Kesalahan
isteri terhadap suami yang sering diambil mudah
1.
Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna
Sebelum
menikah, seorang wanita membayangkan pernikahan yang begitu indah, kehidupan
yang sangat romantis sebagaimana ia membaca dalam novel maupun ia saksikan
dalam sinetron dan drama. Ia memiliki gambaran yang sangat ideal dari sebuah
pernikahan. Kelelahan yang sangat, penat, masalah kewangan, dan segudang
problem di dalam sebuah keluarga luput dari gambaran nya. Ia hanya membayangkan
yang indah-indah dan enak-enak dalam sebuah perkahwinan. Akhirnya, ketika ia
harus menghadapi semua itu, ia tidak bersedia. Ia tidak bersedia menerima
keadaan, hal ini terjadi berlarut-larut, ia selalu saja menuntut suaminya agar
keluarga yang mereka bina sesuai dengan gambaran ideal yang senantiasa ia
impikan sejak muda. Seorang wanita yang hendak menikah, alangkah baiknya jika
ia melihat lembaga perkahwinan dengan pemahaman yang utuh, tidak
sepotong-potong, romantika keluarga beserta problem yang ada di dalamnya.
2.
Nusyus (tidak taat kepada suami)
Nusyus
adalah sikap membangkang, tidak patuh dan tidak taat kepada suami. Wanita yang
melakukan nusyus adalah wanita yang melawan suami, melanggar perintahnya, tidak
taat kepadanya, dan tidak reidha pada kedudukan yang Allah SWT telah tetapkan
untuknya. Nusyus memiliki beberapa bentuk, diantaranya adalah:
1.
Menolak ajakan suami ketika mengajaknya ke tempat tidur, dengan terang-terangan
maupun secara samar.
2.
Mengkhianati suami, misalnya dengan menjalin hubungan gelap dengan lelaki lain.
3.
Memasukkan seseorang yang tidak disenangi suami ke dalam rumah
4.
Lalai dalam melayani suami
5.
Membazir dan menghambur-hamburkan wang pada yang bukan tempatnya
6.
Menyakiti suami dengan tutur kata yang buruk, mencela, dan mengejeknya
7.
Keluar rumah tanpa izin suami
8.
Menyebarkan dan mencela rahasia-rahasia suami.
Seorang
isteri solehah akan senantiasa menempatkan ketaatan kepada suami di atas
segala-galanya. Tentu saja bukan ketaatan dalam kedurhakaan kepada Allah, kerana
tidak ada ketaatan dalam maksiat kepada Allah SWT. Ia akan taat pada bila-bila
pun, dalam situasi apapun, senang maupun susah, lapang maupun sempit, suka
ataupun duka. Ketaatan isteri seperti ini sangat besar pengaruhnya dalam
menumbuhkan cinta dan memelihara kesetiaan suami.
3.
Tidak menyukai keluarga suami
Terkadang
seorang isteri menginginkan agar seluruh perhatian dan kasih sayang sang suami
hanya tercurah pada dirinya. Tak boleh sedikit pun waktu dan perhatian
diberikan kepada selainnya. Termasuk juga kepada orang tua suami. Padahal, di
satu sisi, suami harus berbakti dan memuliakan orang tuanya, lebih-lebih lagi ibunya.
Salah satu bentuknya adalah cemburu terhadap ibu mertuanya. Ia menganggap ibu
mertua sebagai pesaing utama dalam mendapatkan cinta, perhatian, dan kasih
sayang suami. Terkadang, sebahagian isteri berani menghina dan melecehkan orang
tua suami, bahkan ia kerap berusaha merayu suami untuk berbuat derhaka kepada
orang tuanya. Terkadang isteri sengaja mencari-cari kesalahan dan kelemahan
orang tua dan keluarga suami, atau membesar-besarkan suatu masalah, bahkan tak
segan untuk memfitnah keluarga suami. Ada juga seorang isteri yang menuntut
suaminya agar lebih menyukai keluarga isteri, ia berusaha menjauhkan suami dari
keluarganya dengan berbagai cara. Ikatan pernikahan bukan hanya menyatukan dua
insan dalam sebuah lembaga pernikahan, namun juga ‘pernikahan antar keluarga’.
Kedua orang tua suami adalah orang tua isteri, keluarga suami adalah keluarga isteri,
demikian sebaliknya. Menjalin hubungan baik dengan keluarga suami merupakan
salah satu keharmonian keluarga. Suami akan merasa tenang dan bahagia jika isterinya
mampu memposisikan dirinya dalam kelurga suami. Hal ini akan menambah cinta dan
kasih sayang suami.
4.
Tidak menjaga penampilan
Terkadang,
seorang isteri berhias, berdandan, dan mengenakan pakaian yang indah hanya
ketika ia keluar rumah, ketika hendak berjalan, menghadiri jemputan, ke pejabat,
mengunjungi saudara maupun teman-temannya, pergi ke shoping mall, atau ketika
ada acara lainnya di luar rumah. Keadaan ini sungguh berbalik ketika ia di
depan suaminya. Ia tidak peduli dengan tubuhnya yang kotor, cukup hanya
mengenakan pakaian seadanya: terkadang kotor, lusuh, dan berbau, rambutnya
kusut masai, ia juga hanya mencukupkan dengan aroma dapur yang menyengitkan. Jika
keadaan ini terus menerus diamalkan oleh isteri, jangan hairan jika suami tidak
selesa di rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar berbanding di
rumah. Semestinya, berhiasnya dia lebih ditujukan kepada suami Janganlah
keindahan yang telah dianugerahkan oleh Allah diberikan kepada orang lain,
padahal suami nya di rumah lebih berhak untuk itu.
5.
Kurang berterima kasih
Tidak
jarang, seorang suami tidak mampu memenuhi keinginan sang isteri. Apa yang
diberikan suami jauh dari apa yang ia harapkan. Ia tidak puas dengan apa yang
diberikan suami, meskipun suaminya sudah berusaha secara maksima untuk memenuhi
keperluan keluarga dan keinginan-keinginan isterinya. Isteri kurang bahkan
tidak memiliki rasa terima kasih kepada suaminya. Ia tidak bersyukur atas kurnia
Allah yang diberikan kepadanya melalui suaminya. Ia senantiasa merasa sempit
dan kekurangan. Sifat qona’ah dan redha terhadap apa yang diberikan Allah
kepadanya sangat jauh dari dirinya. Seorang isteri yang solehah tentunya mampu
memahami keterbatasan kemampuan suaminya. Ia tidak akan membebani suami dengan
sesuatu yang tidak mampu dilakukan suami. Ia akan berterima kasih dan
mensyukuri apa yang telah diberikan suami. Ia bersyukur atas nikmat yang dikurniakan
Allah kepadanya, dengan bersyukur, insya Allah, nikmat Allah akan bertambah. “Sesungguhnya
jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.”
6.
Mengingkari kebaikan suami
“Wanita
merupakan terbanyak penduduk neraka.” Demikian disampaikan Rasulullah SAW
setelah solat gerhana ketika terjadi gerhana matahari. Ajaib ! wanita sangat
dimuliakan di mata Islam, bahkan seorang ibu memperoleh hak untuk dihormati
tiga kali lebih besar berbanding ayah. Susuk yang dimuliakan, namun malah
menjadi penghuni terbanyak neraka. Bagaimana ini terjadi? “Kerana kekufuran
mereka,” jawab Rasulullah SAW ketika para sahabat bertanya mengapa hal itu boleh
terjadi. Apakah mereka mengingkari Allah? Bukan, mereka tidak mengingkari
Allah, tapi mereka mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah diperbuat
suaminya. Andaikata seorang suami berbuat kebaikan sepanjang masa, kemudian
seorang isteri melihat sesuatu yang tidak disenanginya dari seorang suami, maka
si isteri akan mengatakan bahwa ia tidak melihat kebaikan sedikitpun dari
suaminya. Demikian penjelasan Rasulullah SAW dalam hadits yang diriwayatkan
Bukhari (5197). Mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan
suami! Inilah penyebab banyaknya kaum wanita berada di dalam neraka. Mari kita
lihat diri setiap kita, kita saling memperbaiki , apa dan bagaimana yang telah
kita lakukan kepada suami-suami kita? Jika kita terbebas dari yang demikian, Alhamdulillah.
Itulah yang kita harapkan. Berita gembira untukmu wahai wanita.
Namun
jika tidak, kita (sering) mengingkari suami, mengingkari kebaikan-kebaikannya,
maka berhati-hatilah dengan apa yang telah dipesan oleh Rasulullah SAW. Bertaubat,
satu-satunya pilihan untuk terhindar dari pedihnya siksa neraka. Selama
matahari belum terbit dari barat, atau nafas telah ada di kerongkongan, masih
ada waktu untuk bertaubat. Tapi mengapa mesti menanti? Mengapa mesti menunggu
sakaratul maut? Janganlah engkau katakan besok dan besok wahai saudariku;
kejarlah ajalmu, bukankah engkau tidak tahu bila engkau akan menemui Rabb mu? “Tidaklah
seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya (di
akhirat kelak): bidadari yang menjadi pasangan suaminya (berkata): “Jangan
engkau menyakitinya, kelak kamu dimurkai Allah, seorang suami bagimu hanyalah
seorang tamu yang bolehsegera berpisah dengan kamu menuju kami.” (HR. At
Tirmidzi, hasan) Wahai saudariku, mari kita lihat, apa yang telah kita lakukan
selama ini , jangan pernah bosan dan henti untuk memperbaiki diri, jangan
sampai apa yang kita lakukan tanpa kita sedari membawa kita kepada neraka, yang
kedahsyatannya tentu sudah diketahui. Jika suatu saat, muncul sesuatu yang
tidak kita sukai dari suami; janganlah kita mengingkari dan melupakan semua
kebaikan yang telah suami kita lakukan. “Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya.
Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu.” (HR.Ahmad)
7.
Mengungkit-ungkit kebaikan
Setiap
orang tentunya memiliki kebaikan, tak terkecuali seorang isteri. Yang jadi
masalah adalah jika seorang isteri menyebut kebaikan-kebaikannya di depan suami
dalam rangka mengungkit-ungkit kebaikannya semata. “Hai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan
menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” [Al Baqarah: 264] Abu
Dzar r.a meriwayatkan, bahwasanya Nabi SAW bersabda, “Ada tiga kelompok manusia
dimana Allah tidak akan berbicara dan tak akan memandang mereka pada hari
kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan untuk mereka adzab yang pedih.” Abu
Dzar r.a, “Rasulullah SAW mengatakannya sebanyak tiga kali.” Lalu Abu Dzar
bertanya, “Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab,
“Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki, orang yang suka
mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika
menjual. ” [HR. Muslim]
8.
Sibuk di luar rumah
Seorang
isteri terkadang memiliki banyak kesibukan di luar rumah. Kesibukan ini tidak
ada salahnya, asalkan mendapat izin suami dan tidak sampai mengabaikan tugas
dan tanggung jawabnya. Jangan sampai aktiviti tersebut melalaikan tanggung
jawab nya sebagai seorang isteri. Jangan sampai amanah yang sudah dipikulnya terabai.
Ketika suami pulang dari mencari nafkah, ia mendapati rumah belum beres, cucian
masih menumpuk, hidangan belum siap, anak-anak belum mandi, dan lain
sebagainya. Jika ini terjadi terus menerus, boleh jadi suami tidak selesa di
rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar atau di pejabat.
9.
Cemburu buta
Cemburu
merupakan tabiat wanita, ia merupakan suatu ekspresi cinta. Dalam batas-batas
tertentu, dapat dikatakan wajar bila seorang isteri merasa cemburu dan memendam
rasa curiga kepada suami yang jarang berada di rumah. Namun jika rasa cemburu
ini berlebihan, melampaui batas, tidak bersebab, dan hanya berasal dari prasangka;
maka rasa cemburu ini dapat berubah menjadi cemburu yang tercela. Cemburu yang
disyariatkan adalah cemburunya isteri terhadap suami kerana kemaksiatan yang
dilakukannya, misalnya: berzina, mengurangi hak-hak nya, menzaliminya, atau
lebih mendahulukan isteri lain berbanding dirinya. Jika terdapat tanda-tanda
yang membenarkan hal ini, maka ini adalah cemburu yang terpuji. Jika hanya
dugaan belaka tanpa fakta dan bukti, maka ini adalah cemburu yang tercela. Jika
kecurigaan isteri berlebihan, tidak berdasar pada fakta dan bukti, cemburu
buta, hal ini tentunya akan mengundang kekesalan dan kejengkelan suami. Ia
tidak akan pernah merasa senang ketika ada di rumah. Bahkan, tidak akan menjadikemungkinan,
kejengkelannya akan dilampiaskan dengan cara melakukan apa yang disangkakan isteri
kepada dirinya.
10.
Kurang menjaga perasaan suami
Kepekaan
suami maupun isteri terhadap perasaan pasangannya sangat diperlukan untuk
menghindari terjadinya konflik, kesalahpahaman, dan ketersinggungan. Seorang isteri
hendaknya senantiasa berhati-hati dalam setiap ucapan dan perbuatannya agar
tidak menyakiti perasaan suami, ia mampu menjaga lisannya dari kebiasaan
mencaci, berkata keras, dan mengkritik dengan cara mecebik. Isteri selalu
berusaha untuk menampakkan wajah yang ramah, menyenangkan, tidak bermuka masam,
dan menyejukkan ketika dipandang suaminya.
Demikian
beberapa kesalahan-kesalahan isteri yang terkadang dilakukan kepada suami yang
seyogiyanya kita hindari agar suami semakin sayang pada setiap isteri. Semoga
keluarga kita menjadi keluarga yang sakinah, mawadah, warahmah.
http://perjalanantanpahenti.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan