Home Klik Di Bawah

Selasa, 7 Julai 2015

Perangai Propa Orang Kita Bila Dah Habis Puasa

1
Gaya Hidup
kad-raya-1
Biasanya musim-musim hujung bulan puasa ni, mesti ramai yang sedang sibuk menyediakan persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri nanti. Maklumlah hari raya ni kan setahun sekali je, kenalah berpulun untuk raikan hari kemenangan bagi umat islam.

Tapi, korang sebenarnya sedar tak apa tujuan utama bulan Syawal yang sebenanya? Mungkin soalan kami agak klise, tapi ia memang dah jadi fakta dimana orang akan lebih kearah kemeriahan hari tersebut berbanding dengan makna bulan Syawal tu.

Jadi, kami akan kongsikan disini beberapa perangai propa orang-orang kita bila Ramadhan berakhir. Janganlah ambil serius sangat, ini sekadar suka-suka je.




1. Puasa 3 Hari, Raya 30 Hari

rumah-terbuka
Yang ni puasa bukannya cukup, tapi bila sampai raya dia yang melebih-lebih. Buat open house sampai 5 hari 5 malam. Maklumlah zaman sekarang kalau tak buat open house, orang tak sudi datang cuma peliknya ada yang dah lebih daripada 30 hari masih ada lagi open house ni.

Kalau zaman dulu seminggu beraya pun dah dikira lama, tapi zaman sekarang pun masih ada yang amalkan cara ini lagi bila ada budak nak datang raya. Raya dah habis dik! Betul tak?

2. Raya Sebagai Platform Nak Show Off

kemas2

Time ni lah nak tunjuk rumah kita ada perabot baru, pakai baju Rizalman, order baju penuh satu wardrobe dan bermaafan di hari mulia  (sambil menyarung cincin mahal). Tak rayalah kalau tak ada semua ni.

3. Akak Cuba Berhijab Perlahan-lahan, Doakan Yang Terbaik Ye

tumblr_m7k11knfMl1r5fed2o1_500
Masa puasa: Alhamdulillah cantik akak berhijab, semoga dapat diteruskan #kipidap kak!
Lepas raya:  (biar gambar berbicara)

4. Derma Memang Untuk Bulan Ramadhan Je Ke?

uploads--1--2013--07--67217-bukber-its-bakal-ajak-1111-anak-yatim-berbuka-puasa-bersama
Masa puasa, banyak hartawan akan bersedekah. Sesi berbuka puasa oops! tak trending.  Sesi beriftar bersama anak-anak yatim. Mulia sungguh hatinya, tapi lepas raya hambik! macam kami cakap tadi 5 hari 5 malam open house.
Raya-1169

5. Bulan Puasa Untuk Hapuskan Berat Badan…..

selfie
Ooo…kurangkan berat badan ingatkan kurangkan dosa. Belanja selfie satu!

CIwoA6yWwAA7Rs4

6. Rindu ke Excited Ni?

ramdan-farewell-2013
“I’m gonna miss you Ramadhan, see you next year” lebih kurang macam tu lah kapsyen-kapsyen kat Instagram/Facebook semua tu. Ada yang bagi ayat syahdu dekat What’s app broadcast, rasa berat hati nak tinggalkan Ramadhan katanya.
Esok_Raya
Walhal, bila tengok TV dapat pengumuman raya diaorang lah orang pertama yang melompat keriangan sebab esok dah boleh makan. Haha! jangan marah ye kalau ada yang terasa. Just for fun, Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance!
oh bulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan