Sebenarnya, malam tadi Cik Wan masak dua jenis resepi, satu rebus serai dan satu lagi tomyam tumis. Mr A lebih sukakan yang rebus tapi Cik Wan teringin nak makan yang lebih menarik, begitu juga si Alis, jadi separuh lagi Cik Wan masak tumis tomyam ni. Jom tengok bahan-bahanya.
Bahan-bahannya;
2 ekor ketam - dibelah dua, ketuk jarinya hingga retak atau pecah sikit2 supaya senang budak2 makan.
Garam
Lada sulah
Tepung jagung
2 ulas bawang merah-tumbuk
3 ulas bawang putih-tumbuk
Sehiris halia-tumbuk
*tumbuk bersama- tapi Cik Wan dadu jer malam tadi
2 batang serai-ketuk
3-4 helai daun limau purut
Cili padi-potong secukupnya ikut kepedasan
1 tangkai daun ketumbar- hiris
1 tangkai daun bawang-hiris
1 kiub tomyam- Cik Wan guna Knorr
3 sudu sos tiram
2 gelas air
1 biji telur
1/2 sudu kecil gula
*Cik Wan tak letak garam sebab kiub tomyam dah cukup masin (boleh tambah garam jika suka)
Cara-caranya;
- Perap ketam dengan lada sulah dan garam. Taburkan tepung jagung dan goreng hingga masak. Toskan minyaknya.
- Keluarkan minyak dari kuali menggorengkan ketam tadi, dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Mula2 tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
- Masukkan serai dan daun limau purut. Kacau sebentar.
- Masukkan sos tiram. Kacau lagi.
- Masukkan air, dan masukkan kiub tomyam. Kacau lagi.
- Masukkan potongan daun bawang dan 1/2 hirisan daun ketumbar.
- Masukkan ketam yang telah digoreng. Kacau.
- Masukkan gula. Kacau.
- Pukul telur sedikit dengan garfu, tuang kedalam kuali. Kacau supaya sebati dengan ketam.
- Taburkan potongan cili.
- Taburkan hirisan daun ketumbar.
- Siap!!.
http://duniacikguwan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan