Home Klik Di Bawah

Ahad, 30 Ogos 2015

Apakah Tidur? Jom Bongkar!

Tidur boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
1. Tidur lena
2. Tidur-tidur ayam
3. Tidur berjalan
4. Tidur dalam sedar
5. Tidur hipnotis
 
 
 
 
1. Tidur lena
Tidur biasa, badan, perasaan, ingatan, kesedaran dan fikirannya tidak bekerja. Ini juga disebut tidur penuh.
2. Tidur-tidur ayam
Tidur dengan perasaan saja yang bekerja manakala badan, ingatan, kesedaran dan fikirannya tidak bekerja. Misalnya orang yang mengalami tidur seperti ini masih boleh mendengar bunyi jam atau orang sedang berjalan, tetapi dia tidak mempunyai kemampuan untuk berjalan.
3. Tidur berjalan
Tidur yang hanya badan dan sebahagian ingatan saja yang bekerja, manakala yang lainnya tidak bekerja. Misalnya, orang yang mengalami tidur seperti ini dapat berjalan-jalan, bekerja membuka pintu dan sebagainya dan kemudiannya kembali ke tempat tidurnya.
4. Tidur dalam sedar
Tidur yang hanya kesedaran saja yang bekerja, manakala yang lainnya tidak. Misalnya seseorang yang boleh membaca buku dalam keadaan tidur atau mata tertutup dan semacamnya.
5. Tidur hipnotis
Tidur yang disebabkan dihipnotis. Tidur jenis ini hanya fikirannya (otaknya) saja yang bekerja manakala perasaan, ingatan dan kesedarannya tidak bekerja. Misalnya tidur kerana dipukau/hipnotis.
Walau apapun, rohani manusia tidak pernah tidur. Sebagai buktinya: Dalam kehidupan kita sering terjadi sebelum tidur kita berniat akan bangun pada jam tertentu yang kita mahukan. Apabila saat waktunya tiba, jasmani kita dibangunkan oleh rohani baik secara langsung maupun tidak langsung melalui mimpi yang boleh membangunkan kita.
Kalau badan saja yang tidur tetapi yang lainnya tetap dalam keadaan jaga sebagaimana yang dialami oleh Rasulullah saw, dengan bantuan rohaninya badan atau jasadnya dapat diangkat ke mana mahu rohaninya.
Rohani dapat menembus segala keadaan bergantung kepada gelombang dan angka getaran yang menyusunnya. Makin pendek gelombangnya akan semakin tinggi angka getarannya dan akan lebih berkuasa ion rohani menembusi rintangan keadaan. Dengan keadaan itulah Rasulullah saw dapat menembus segala macam atmosfera. Disebabkan fikiran, perasaan serta ingatannya tetap terjaga dan masih segar bugar, maka dapatlah baginda berbincang-bincang dan bersoal jawab dengan malaikat dalam perjalanannya ketika Isra’ dan Mikraj.
Kita biasa menyaksikan orang yang tengah dihipnotis badannya dipijak-pijak tetapi ia masih tetap kuat dan tidak mengerang kesakitan. Contoh lain ialah orang yang tidur di atas paku tidak merasa sakit dan orang yang berjalan di atas api tidak merasa panasnya api tersebut. Dalam pertunjukan telepati seseorang menahan atau menguburkan dirinya dalam tanah selama beberapa jam, beberapa hari malah ada yang mampu sampai 40 hari seperti orang fakir di India. Orang fakir ini tidak makan atau minum, tidak menghirup udara (oksigen), tidak tidur namun ia tetap hidup dan jasmaninya tidak rosak.
Kalau manusia biasa dengan ketinggian jiwanya mampu melakukan demikian, betapa lagilah Rasulullah yang sudah diakui oleh Allah sebagai seorang Rasul, yang setiap saat dapat mendekati Allah SWT, tentulah baginda mampu melakukan lebih daripada itu.
 http://scaniaz.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan