Home Klik Di Bawah

Khamis, 6 Ogos 2015

Beza Dunia Lelaki & Perempuan

9 Beza Dunia Lelaki & Perempuan

Susah sangat untuk faham dunia wanita dan lelaki? Mungkin sebab anda masih tidak tahu kelebihan masing-masing. Cuba selongkar secara jelas apa yang buatkan anda dan pasangan selalu salah faham, dengan lihat perbezaan ini anda pasti akan lebih memahami dan dekat hati. 
 
 

 

1. Beza koleksi


Perempuan: Percaya atau tidak, setiap kali mahu memilih baju wanita akan termenung di depan almari dalam beberapa minit. Kemudian akan berfikir, "Isyh, dah tak ada baju nak pakai, asyik yang sama je."
 
Lelaki: Lebih suka kumpul barang koleksi yang dia minat. Ada yang jenis minat buku, memang asyik pulun buku. Dapat yang suka simpan mainan kecil-kecil? Boleh turunkan pada si anak pulak ya...
 
 
 

2. Kemas baju


Perempuan: Dari sekecil-kecil barang wanita mahu 'sumbat' dalam beg kalau nak pergi berjalan ke mana-mana. Bayangkan pengetip kuku dan kadang jarum pun ada sekali. Sangat prihatin dan berjaga-jaga.
 
Lelaki: Bagi masa 5 minit sebelum bergerak pun sempat lagi sebab diorang jenis fikir apa yang patut saja. Jadi jangan mengeluh kalau tengok lelaki lambat bersiap.
 
 
 

3. Masa untuk bergambar


Perempuan: Bab bergambar memang wanita juara dalam beraksi. Tambah kalau jumpa geng, siap ada yang buat muka yang bajet comel.
 
Lelaki: Janji ada dalam gambar, muka macam mana pun tak ambil kisah. Posing memang ala-ala 'batang kayu', berdiri tegak saja!
 
 
 

4. Emosi 


Perempuan: Dapat ayat-ayat yang kira pujuk hati, terus mengalir air mata. Ini belum lagi dapat hadiah, mahu terharu sampai sebulan kalau jiwa dah tersentuh.
 
Lelaki: Bagilah kata-kata semangat macam mana pun, lelaki tetap cool. Tiada nak nangis atau tersengih. Tetapi dalam hati siapa tahu, mesti terusik. Cuma tidak suka nak tunjuk. Bajet macho kot.
 
 
 

5. Potong rambut


Perempuan: Sekali masuk kedai gunting rambut, harga nak bayar bukan main mahal. Tetapi apa yang pelik, gaya rambut tetap sama. Kadang tukang rambut hanya 'cuit' hujung-hujung rambut.
 
Lelaki: Benar, lelaki agak jimat bab ini. Janji rambut sudah pendek dan berubah. 
 
 
 

6. Gagal dalam hubungan


Perempuan: Mungkin akan rasa sunyi dan keseorangan, tetapi yang nyata wanita pasti di kelilingan ramai kawan yang sebenarnya sudah lama tunggu masa mahu isi hati yang kekosongan.
 
Lelaki: Bajet ada pengganti dan pilihan lain jika kehilangan tetapi sebenarnya lepas rasa kehilangan, lelaki suka bersendirian. Ambil masa dan ruang untuk berfikir.
 
 
 

7. Bersiap setiap pagi


Perempaun: Semua fizikal akan disolek sebab wanita sangat suka dengan kecantikan. Jadi tak perlu nak mengeluh kalau berdepan dengan wanita yang lambat bersiap.
 
Lelaki: Hanya perlukan beberapa minit untuk bersiap. Dalam hubungan suami isteri, kalau suami ajak pergi berjalan elok wanita terus bersiap, ya. Nanti kesian pula lelaki nak kena tunggu wanita lama sangat. 
 
 
 

8. Guna tandas


Perempuan: Cukup menjaga hati kalau bab ini, lebih teratur dan sanggup tunggu giliran daripada saling sakit hati.
 
Lelaki: Janji boleh, kadang main redah. Tetapi lelaki ok, tidaklah sampai nak bergaduh hanya sebab berebut mahu masuk tandas. 
 
 

9. Waktu jumpa dan lepak


Perempuan: Lebih menjaga kata dan suka memuji kalau jumpa geng. Dunia mereka mungkin lebih banyak gosip, tetapi sebenarnya prihatin. Eh, yeke?
 
Lelaki: Lepak dengan cara yang lebih terbuka, cakap main lepas dan tidak guna konsep 'kontrol macho' kalau depan geng. Apa yang difikir, terus cakap!
mingguan wanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan