Home Klik Di Bawah

Ahad, 30 Ogos 2015

IbuBapa, Mohon Ambil Pengajaran Dari Keluhan Seorang Anak Yang Sangat Menyedihkan Ini



Ebit Lew, seorang penceramah agama berbangsa Cina yang terkenal menceritakan tentang keluhan dari seorang anak selepas beliau memberi ceramah.


Ini cerita beliau:
Keluhan hati anak dara umur 12 tahun…
Anak ni jumpa saya selepas ceramah minta autograf buku.
Comel adik tu. Dia baca doa permulaan yang saya selalu baca sebelum ceramah. Sedap betul suaranya..
Dia cakap, ustaz sayang anak ustaz tak? Comel anak ustaz. Sama nama dengan saya. Ustaz, mak ayah saya tak sayang saya. Diaorang cuma sayang adik saya jer..
Saya tanya macam mana tahu mak ayah tak sayang adik.
Sebab diaorang tak pernah pandang saya masa saya bercakap. Saya cakap jer saya kena marah. Saya tolong jaga adik. Adik menangis, saya kena marah. Saya ambil botol susu adik. Saya lambat saya kena marah. Saya tengok tv saya kena marah. Lambat bangun tidur saya kena marah. Adik buat sepah saya kena marah. Adik menangis saya kena marah…
Semua yang mak ayah janji semua tak pernah beri. Saya nak cerita semua kat mak ayah. Tapi mak ayah tengok tv jer..saya buat semua salah dan asyik kena marah..
Ustaz, saya nak masuk asrama masa tingkatan 1. Ustaz doakan yer. Supaya saya tak kena marah dan biar mak ayah sayang adik jer.
Mak ayah saya garang sangat.
Saya sedih sangat. Teringat anak sendiri. Macam tulah anak-anak ingat semua janji kita pada mereka. Lihat apa yang kita buat pada mereka. Kita lebih sanggup mengadap hp dan gadget dari pandang muka anak..erm…aduhai…sedihnya…apalah nak jadi mak ayah macam nie…kenapalah jadi macam ni mak ayah orang Islam..
Kita sayang cium anak masa baby…semakin besar kerana perkara lain kita lupa nak benar-benar sayang mereka..
Bagi anak-anak cinta sayang ialah masa. Beri masa dan dengar anak-anak yang semakin membesar…
Rahmat Allah turun bila kita peluk, dukung, terbang, dengar cerita mereka.
Cerita Nabi nabi pada mereka. Kenalkan Nabi dan sahabah.Cerita syurga dan neraka..banyakkan cerita rahmat dan kebaikan..
Berilah masa kerana ini semua amanah yang akan disoal nanti.
Pelajaran paling besar ialah iman mengenal Allah dan Nabi saw.
Pengajaran yang utama selepas itu ialah akhlak…kasih sayang..yang dia akan dapat lihat bagaimana kasih sayang yang kita praktikkan..
Ya Allah maafkan kami kerana tidak buat sebaiknya sebagai ayah dan ibu
Ebit Lew
___________
Balik kerja ini, kita peluk cium anak-anak sampai mereka happy. -TheVocket
belogfadah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan