Home Klik Di Bawah

Isnin, 10 Ogos 2015

Minuman Lai Chi Kang Penyejuk Badan

Lai Chi Kang Penyejuk Badan




Lai Chi Kang salah satu minuman yang akan di cari ketika cuaca panas...

Minuman penyejuk badan.. Salah satu minuman kegemaran aku..

Sangat sedap, manis manis masam dan banyak khasiat juga..

Bahan-bahan yang ada dalam Lai Chi Kang ini mampu menyejukkan badan dan sangat berkhasiat..

Antara isi bahan-bahan Lai Chi Kang dan khasiat nya..



  • Barli - mengurangkan risiko penyakit barah, jantung, penyejuk badan

  • Agar-Agar - melancarkan pencernaan, baik untuk kulit,menurunkan berat badan, menyihatkan rambut, menurunkan kolestrol meredakan radang sendi, mengatasi stress.

  • Selasih - mengubati batuk, baik untuk jantung, baik untuk kesihatan mata

  • Kembang Semangkuk - mengubati batuk kering dan pendarahan rahim, menurunkan demam, merawat asma, batuk kering, buasir, pelbagai jenis demam panas, pendarahan (hidung, perut, usus atau pundi kencing), penawar racun, melawaskan pembuangan air besar, merawat masalah kulit yang terlampau terdedah kepada cahaya matahari, masalah ginjal, sakit mata, sakit gigi, cacing dalam perut dan usus, cirit-biri

  • Laici - melindungi dari kanser, penuaan, mencegah tekanan darah tinggi, meningkatkan imuniti, meningkatkan metabolisme, melidungi sakit jantung.

  • Limau Sunkist -  dengan kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

Lai Chi Kang juga boleh juga di minum suam-suam.. elok minum  yang suam ketika batuk dan kurang sehat...

 
http://www.mreena.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan