Home Klik Di Bawah

Jumaat, 28 Ogos 2015

Perangai Pelik Kawan Yang Buat Korang Rasa Meluat Gila

Korang mesti akan ada sekurang-kurangya seorang kawan yang buatkan korang rasa annoyed dengan perangai pelik dia tu. Bukanlah nak kata rasa meluat tu sampai nak putus kawan, cuma ini beberapa perkara yang ada pada diri diaorang.

Kitaorang faham perangai itu korang dah anggap sebagai kelemahan pada diri dia. Kitaorang pun macam tu juga, mungkin perangai ni juga ada pada diri kita tanpa kita sedar yang kawan kita sendiri annoyed dengan kita. Nak tahu apa perangai yang kami maksudkan tu? Jom kita tengok kat bawah ni.




1. Suka Sangat ‘Bahan’ Orang

151
Amboi! Best betul kenakan orang sampai tak fikir hati orang. Tapi, kalau dapat dia punya turn kena bahan, sentap 38 hari! Lepastu jadilah perangai yang kat bawah ni

2. Keyboard Warrior

lepas perasaan_thumb[6]
Mulalah pos kata-kata hikmah, lepas geram bagai kat status dia tu. Kadang-kadang panjang berjela boleh buat novel.

3. Selfie Tak Kena Tempat

giphy
Bab-bab selfie malas nak cakap sangat sebenarnya sebab dah out of control, tapi kalau ye pun tak payahlah sampai tengah drive, tengah makan, kadang-kadang orang nak tidur pun sempat ajak berselfie. Kawan punya pasal, layan.

4. Berkepit Dengan Bf/Gf 24 Jam

2S-Scott-Disick
Yang ni memang tak best! Ajak kita keluar tapi bawak ‘cinta hati’ dia tu, Last-last kita kat belakang jalan sorang-sorang dia berkepit kat depan. Cis!

5. Lupa Kawan

get_a_room
Lepastu bila cinta tu makin berputiklah kononnya, dia boleh spend time sampai kita ajak lepak pun dia palau. Bila bergaduh tahu pula cari kita, bila dah berbaik lupa kita balik. Last-last sekali break up..hahaha! Padan muka!
Tapi dia tu jugalah, kawan kita sehidup semati, susah senang, tempat kita mengadu masalah. Ye idok? Mungkin ada benda yang kitaorang terlepas pandang, korang boleh la share kat komen ye? Thanks! Kirim salam kat kawan korang.
1421687944-giphy-17

Tiada ulasan:

Catat Ulasan