Home Klik Di Bawah

Isnin, 3 Ogos 2015

Perkara Yang Semua Ibu Rahsiakan Dari Anak-anak


Ada isteri yang bunting pelamin. Ada pula yang setelah bertahun mengimpikan dan menunggu, akhirnya berpeluang menjadi seorang ibu. Tentu sekali menghadapi sembilan bulan yang panjang itu penuh dengan cabaran. Walaupun memenatkan, tetapi akhirnya dianugerahkan dengan anugerah yang tidak ternilai.
Untuk ibu-ibu di luar sana, dalam masa sembilan bulan, kebanyakan dari kita akan mempelajari segalanya berkenaan dengan menjadi seorang ibu. Masa inilah kita akan lebih memahami dan bersyukur pada seorang insan yang bergelar ibu.

Perkara yang semua ibu rahsiakan

Ini adalah 10  perkara yang kebanyakan ibu rahsiakan, malah tidak pernah memberitahu kita.



1. Dia menangis kerana kita

Kita menyebabkan dia selalu menangis. Dia menangis apabila mengetahui dia mengandung. Dia menangis ketika melahirkan kita. Dia menangis kegembiraan, malah menangis ketakutan. Dia menangis kerana risau. Dia dapat merasai penderitaan dan kegembiraan kita dan dia mahu berkongsi dengan kita.

2. Ibu selalu mendahulukan kita

Dia selalu mendahulukan kita. Dia tahu dia akan gembira jika kita gembira.

3. Dia sanggup tahan sakit demi anak-anak

Ia sangat menyakitkan apabila kita menarik rambutnya, apabila kita menggigitnya ketika minum susu. Kita menyebabkan lebam pada badannya ketika kita menendang di dalam perut, kita menyebabkan parut selepas bersalin.

4. Dia juga sebenarnya selalu ketakutan

Sejak kita lahir ke dunia, dia mencuba sedaya upaya melindungi kita. Dia nervous ketika pertama kali cuba susukan kita. Dia kerisauan ketika kita mula melangkah. Dia berjaga malam untuk memastikan kita pulang ke rumah dengan selamat dan dia bangun awal untuk menghantar kita ke sekolah. Dia juga bersengkang mata menjaga kita ketika sakit. Dia selalu menemani kita.

5. Dia tahu dia tidak sempurna

Dia mengakui yang dia tidak sempurna. Dia selalu bertegas dengan kita. Dia mahu kita menjadi ibu yang sempurna, tidak melakukan sebarang kesalahan, tetapi dia ialah manusia biasa dan dia juga melakukan kesilapan.
Dia selalu berharap, jika masa dapat diputar kembali, dia ingin mengubahnya, menjadi lebih baik tetapi dia tahu semua itu tidak mungkin berlaku. Jadi, berbuat baiklah padanya dan ketahuilah bahawa dia mencuba sedaya upaya menjadi yang terbaik.

6. Dia memerhatikan kita ketika kita tidur

Kadang-kadang, dia terjaga pukul 3 pagi dan berdoa agar kita dapat tidur lena. Dia mendodoi kita sehingga kita terlelap. Dia baring disebelah kita, meneliti wajah kita dan serta merta penatnya hilang. Dia tahu kepenatannya berbaloi setelah melihat wajah kita lena dibuai mimpi.

7. Dia akan ‘seret‘ kita ke mana-mana

Dia membawa kita kemana-mana sahaja dalam perut, selama sembilan bulan. Kita suka didukung olehnya, jadi, dia belajar membawa kita ketika mandi, ketika makan malah ketika tidur. Walaupun tangan dan pinggangnya sakit, tapi dia tetap mendukung kita kerana dia ingin selalu dekat dengan kita dan membuatkan kita rasa selamat.
Tidak sanggup tinggalkan anak, walaupun sementara. Hati dia sentiasa rasa gundah gulana.

8. Dia rasa sedih apabila kita menangis

Tiada irama yang lebih menyedihkan pada dia selain dari tangisan kita. Dan tiada  yang lebih meruntun jiwa dia dari melihat air mata jatuh ke pipi kita. Dia akan lakukan apa yang termampu untuk menghentikan tangisan kita. Namun, apabila dia gagal menghentikannya, dia merasakan dirinya gagal dan dia berasa teramat sedih.

9. Dia berkorban untuk kita, dahulukan anak-anak lebih penting

Dia tidak kisah tidak mandi, tidak makan malah, tidak tidur untuk kita. Dia akan menghabiskan harinya memenuhi keperluan kita sehingga tiada lagi tenaga untuk menguruskan diri sendiri.
Tetapi, keesokan harinya, dia akan mengulang rutin yang sama kerana dia sangat menyayangi kita.

10. Dia tidak pernah kenal erti penat & lelah

Dia akan terus melakukan rutin yang orang kata membosankan.
Menjadi seorang ibu adalah tugasan yang sangat berat. Ada terlalu banyak beban di bahu yang harus dipikul. Dalam diam, dia menangis dan selalu terluka semasa melakukannya akibat terlalu penat. Dia terus mencuba walaupun kadang-kala gagal. Dia terus mencuba cari kekuatan dan terus belajar.
Di sebalik semua kesakitan, kesedihan, bersengkang mata dan bangun awal pagi untuk menguruskan rumahtangga, dia tetap akan melakukannya lagi dan lagi. Jadi, apabila kita bertemu ibu kita, ucapkanlah terima kasih dan hargailah segala pengorbanannya.

Akhir kata

Perkara ini kita tidak perasan semasa belum berkahwin dan dapat anak. Tidak akan terasa semasa bujang, iaitu zaman rebellious dan selalu mahu betul. Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak, sedikit demi sedikit kita akan terasa sebenarnya, ibu kita adalah insan yang paling kuat di duni.

Terima kasih ibu.

Terima kasih mak.

Kerana menjaga dan mendidik kita semua dari kecil hingga dewasa. Sungguh, jasamu tidak terbalas dengan wang ringgit. Semoga kita semua dapat menyayangi ibu kita, sepertimana dia menyayangi kita.

Tidak kira samada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia, jangan lupa mendoakan ibu-bapa kita selepas solat.

Bagaimana kisah anda dengan ibu anda?
siraplimau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan