Home Klik Di Bawah

Jumaat, 28 Ogos 2015

Resepi - Apam coklat!

hi korang!!!
lama tak buat entry resepi...sebab dah lama tak cuba resepi baru...banyak sangat hal yang perlu diuruskan minggu lepas...

resepi apam coklat yang super senang ni i tengok kat blog kak nannie...senang je bahan-bahan dia...jom tengok....

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan air
11 gram instant yeast

cara-cara nak buat apam coklat ni pulak...



1. ayak tepung gandum dengan serbuk koko.
2. satukan gula, air dan yeast.
3. satukan bahan 1 & 2 dan biar selama 20 minit atau sampai kembang.
4. masuk dalam paper cup.
5. kukus selama 5-6 minit atau sehingga masak.

senang kan! 5 bahan dan 5 step...
kat bawah ni yang i buat...

ini version full coklat...

ini version mengada...saje je letak adunan yang tak ada koko...hehehe...

ini version banyak...

ini version close up!

tu jelah nak share...
http://retrojingga.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan