Home Klik Di Bawah

Khamis, 27 Ogos 2015

Resepi Lepat Cendol Sedap

 Salam sejahtera

Teruja nak berkongsi resepi pencuci mulut yang sangat-sangat sedap & mudah untuk dibuat.

Ni la kuih yang saya sukaaa sangat!
 


Sebenarnya dah 2x saya share di facebook saya. Kali pertama adalah beberapa bulan lepas...ibu mertua saya bawak balik dari kenduri jiran. Masa tu saya dalam pantang, jadi jiran bekalkan makanan untuk saya yang seorang diri di rumah. Kali pertama makan kuih tu.. Ya Allah serius rasa 5pcs pun tak cukup. saya minta mil tanyakan makcik tu resepinya. 

Tak lama selepas tu makcik suami yang tinggal berhampiran pun buat. Ok, serius rasa jeles & tak sabar nak buat sendiri. Akhirnya berjaya jugak korek resepi dari makcik suami tu..hehe

Dan beberapa hari lepas, suami mengajak saya balik  ke rumah mak saya di Sg Tengi untuk menziarahi kakak ipar saya yang baru kuar wad selepas menjalani pembedahan. Pagi-pagi selepas subuh, dia meminta saya & mil buat kuih ni untuk dibawa ke rumah mak nanti.

Ok, ni resepinya:

LEPAT CENDOL
(anggaran 50 bungkus)
Ada setengah orang cakap tepung bungkus la dan macam2 nama lagi. 

Bahan-bahan:

1 bungkus cendol (boleh agak2 nak banyak mana ikut citarasa)
1 cawan tepung jagung
4 cawan santan kelapa( tidak pekat & tidak cair)
4sudu gula
Secubit garam
Daun pisang (dipotong seperti bungkus lepat)

Cara-cara:

Masak santan, tepung jagung, garam, gula sehingga betul-betul masak. Pastikan ia dimasak sehigga pekat &  agak kilat. Semasa memasak, api hendaklah kecil & kacau laju-laju supaya ia tidak berketul.

Masukkan cendol dan teruskan mengacau sehingga cendol sebati.

Tutup api 

Boleh bungkus seperti lepat. Boleh juga disimpan didalam bekas dadih kecil2 yang comel tu. 

Simpan di dalam peti ais. Tak perlu dikukus atau dipanggang dsb. Bila dah sejuk masukkan terus dalam peti. Sedap dimakan semasa sejuk.

Sekian...


Selamat Mencuba!!
http://umminuma.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan