Home Klik Di Bawah

Selasa, 18 Ogos 2015

Tips - Cara Mudah Merawat Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh nyamuk aedes atau lebih tepat lagi 2 jenis nyamuk aedes aegypti dan aedes albopictus. Virus demam denggi ini berjangkit pada manusia melalui gigitan nyamuk aedes betina yang biasanya banyak pada sebelah awal pagi dan senja.

nyamuk aedes

Simptom Demam Denggi

  • Demam Yang Tinggi Secara Tiba – tiba ~  Kemungkinan pesakit telah dijangkiti virus dalam tempoh beberapa hari sebelum demam dan selepeas itu barulah pesakit merasa kesakitan. Biasanya virus demam denggi akan memberi kesan selepas 8 ke 12 hari setelah pesakit digigit oleh nyamuk berkenaan.
  • Bintik – Bintik Merah ~ Bintik – bintik merah ini akan penuh di seluruh badan seperti ruam dan akan mengalami gatal – gatal.
  • Sakit Sendi, Otot dan Belakang Badan ~ Terasa sengal – sengal dan tidak berupaya untuk bergerak
  • Sakit Kepala
  • Pendarahan Di Bawah Lapisan Kulit, Hidung dan Gusi

 
Kaedah Merawat Demam Denggi
Kebiasaannya, doktor akan memberi cecair yang akan disalurkan ke dalam tubuh bagi meggantikan kehilangan cecair yang banyak akibat demam denggi. Biasanya penggunaan ubat antipiretik akan digunakan unutk meredakan demam denggi.
Selain itu, ada beberapa tips rawatan alternatif yang boleh diguna pakai sebagai usaha untuk merawat pesakit demam denggi.

8 Cara Mudah Merawat Demam Denggi


1) Air Masak. Minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Sekurang – kurangnya 3 liter sehari.

2) Sup Ketam. Reneh sup ketam dan beri kepada pesakit untuk di makan dan pastikan sup ketam dihirup dalam kuantiti yang perlu.

3) Jus Daun Betik. Jus ini dikatakan mujarab sebagai penawar denggi. Cara untuk membuat jus ialah, ambil sedikit dauh betik matang tumbuk sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Beri satu sudu teh jus daun betik kepada pesakit.

4) Jus Buah Kiwi. Hanya perlu megisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jus buah kiwi.

5) Jus Buah Kurma. Kisar 10 ke 20 biji buah kurma bersama segelas air masak. Minum sehari 2 kali sewaktu pagi dan petang. Minum setiap hari sehingga sembuh

6) Jus Buah Jambu. Kisar dan dapatkan jus untuk diminum. Air Buah Jambu berperanan penting unutk melawan radikal bebas dalam tubuh badan manusia.

7) Jus Pegaga. Kisar dan minum jusnya.

8) Tembikai Merah. Boleh dimakan begitu sahaja atau jadikan jus. Amalkan setiap hari dan ambil dalam kuantiti yang banyak. Tugas utama tembikai adalah menggantikan cecair yang kurang didalam tubuh dan menyejukkan badan.

Perhatikan..

Jika anda perhatikan, kesemua rawatan mudah demam denggi adalah dengan penggambil air yang banyak. Ada juga yang menggalakkan pengambilan minuman isotonik.
 http://mamaqaireen.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan