Home Klik Di Bawah

Ahad, 2 Ogos 2015

TIPS - Menghilangkan Migrain Dengan Cepat, Dalam 3 Minit Sahaja

Hanya mereka yang pernah mengalami migrain yang mengetahui kesakitan sebenar apabila diserang migrain. Amat sukar untuk melawan kesakitan ini kerana semua benda tidak jadi, walaupun cuma untuk melakukan tugas paling mudah.

Dan lebih teruk lagi jika kita mula mengambil ubat penahan sakit dengan kerap setiap kali migrain. Ini bukanlah satu perkara yang baik. Dikatakan selepas beberapa ketika, badan kita tidak lagi bertindakbalas dengan ubat penahan sakit. Ubat tahan sakit tidak akan membantu lagi.

Untuk alternatif yang selamat dan berkesan, apa kata cuba tips dan petua  berikut:



Cara menghilangkan migrain

Cara menghilangkan migrain

Bahan-bahan:
  • Sedikit kulit lemon
  • Jus perahan lemon
  • Garam Himalaya
Garam adalah baik untuk kesihatan anda kerana ia meningkatkan kadar serotonin yang khasiatnya dapat membuat sistem imun anda kuat.
Cara-cara:
  • Campurkan jus dua lemon dengan beberapa kulit lemon dalam mangkuk
  • Masukkan bersama-sama dengan kira-kira dua sudu besar garam Himalaya
  • Campur dalam segelas air
  • Cuba untuk minum semuanya dengan sekali teguk kerana rasanya yang tidak berapa sedap.
Dalam masa hanya beberapa minit selepas mengambil minuman ini, anda akan mendapati migrain anda hilang.

Kami tidak janji petua ini menjadi, cuma tidak salah mencuba bukan? Kalau ada yang sudah mencuba dan menjadi, sila beritahu kami juga!

*Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, ambil garam dalam kuantiti yang berpatutan
siraplimau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan