Home Klik Di Bawah

Jumaat, 28 Ogos 2015

Tips Mudah Bahagia Sebumbung Dengan Ibu Mertua > EPISOD 2

 Salam sejahtera...

Tanpa membuang masa...saya sambung tips mudah tinggal sebumbung dengan ibu mertua.


Bagi yang dah baca boleh sambung baca tips seterusnya ye..

4. SENTIASA MOHON DIPERMUDAHKAN 
Sebenarnya, dalam mengharungi hidup kita memang digalakkan memohon supaya segala perancangan & perjalanan hidup kita dimudahkan. Sebab kita sebagai manusia hidup bertuhan. Jadi, mintalah dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya Dia yang memegang hati setiap manusia. So, tak mustahil hati ibu mertua akan lembut & mudah bertolak ansur dengan kita.


5. SENTIASA BERBAIK SANGKA DENGAN IBU MERTUA
Saya percaya, bukan suatu yang mudah untuk set dalam fikiran untuk sentiasa bersangka baik bila terjadi sesuatu yang menyakitkan hati lebih-lebih lagi bila ada yang jadi batu api macam ipar-ipar, biras atau sesiapa pun. Perlu kita tahu, setiap pergaduhan tak kan berakhir dengan baik jika kita terus menerus bersikap sarkastik. 

6. INGAT ADAT MENUMPANG
Ok, ni pun sangat penting dan ramai para menantu terutama yg isteri-isteri masih belum sedar diri, Masih leka dalam donia ciptaan sendiri. Hehe..Ok ni contoh ye.. Isteri yang tak berapa suka nak tolong buat kerja rumah spt menyapu atau alasan tak pandai masak. Ok, dah nama pun duduk menumpang (tak kira la uoll bayar belanja dapur bil semua). Adat menumpang tak kan la duduk goyang kaki walaupun alasannya tak reti itu tak reti ini. Cuba letakkan tempat kita pada ibu mertua kita...mesti tak suka orang datang menumpang tapi malas. Ibu mana yang tak suka bila dapat menantu yang rajin??kan!

7. SENTIASA MEMAAFKAN
Ingat, kita hidup tak lama. Andai kata Allah cabut nyawa kita masa tengah tidur dengan perasaan kita yang benci, marah, dendam dengan ibu mertua,ipar..mcm mana? Nauzubillah...Jadi, its ok to be anger pada sesuatu perkara. Tapi sila jangan simpan perasaan busuk tu lama2. Bangkai kalau lama2 simpan jadi apa..... sendiri bayangkan ye hehe


8. WHAT GOES AROUND COMES AROUND
Ini juga penting untuk kita ingat. Somes says KARMA. Tapi dalam islam kita panngil ia KIFARAH.Terutama untuk yang ada anak-anak. Anak kecil ni otak dia macam span tau. Dia akan set dalam minda melalui apa yang dia lihat. Jika kita sebagai ibu bapa beri contoh yang buruk dan bayangkan jika mereka lihat & set dalam otak mereka. jadi, jangan persoalkan kenapa mereka abaikan kita bila kita sudah berusia kelak. 

9. BUANG SIKAP PENTING DIRI
Selalu menantu2 zaman moden ni suka ikut kepala sendiri. Ini adalah tidak bagus ye...Ibarat mengeruhkan lagi keadaan. Sebagai contoh, saya suka bangun tidur lewat sebab malam tadi saya tengok vcd sampai pukul 2. Dah tentu ibu mertua saya akan berkecil hati jika saya bangun lewat kerana dia terpaksa menyiapkan sarapan, membuat kerja rumah seorang diri. See...! 

10. TERIMA KEKURANGAN
Ini lebih kurang tips no 1. Saya details kan lagi... sebagai contoh ibu mertua saya suka marah anak2 saya bila mereka bising & suka sepah kan barang. Ok, sebagai ibu mesti la saya kecil hati. Kalau ikutkan rasa nak pindah je dari sini. Ha mesti ada yang rasa macam tu jugak kan? Ok, untuk tidak merumitkan lagi keadaan...sila lah bertolak ansur & terima kerenah orang tua dengan hati terbuka. Its normal kalau orang tua suka membebel, mudah kecik hati, suka membezakan menantu yang lain..its normal. At the end of the day, sampai situ je benda tu. Dunia belum kiamat pun kalau kita tak layan kerenah mereka. 

See... kalau kita fikir2 kan insyaallah..mudah je nak happy2 tinggal sebumbung dengan ibu mertua ni. Walaupun pengalaman saya masih baru, tapi macam-macam dugaan & cabaran yang saya lalui.. Bila saya amalkan beberapa tips diatas memang berkesan. Memang pada mulanya agak sukar, tapi saya tetap berusaha sentiasa..dan hasilnya memang menakjubkan!


Bila boleh pilih untuk bahagia..kenapa perlu pilih derita?
http://umminuma.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan