Home Klik Di Bawah

Selasa, 29 September 2015

Hikmah Solat Dengan Khusyuk

Hikmah Solat Dengan Khusyuk
Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Majlis Ta’lim Darul Murtadza di Facebook.

1. Mengenalkan identiti sebagai hamba kepada Allah سبحانه و تعالى. Sabda Rasulullah ﷺ, “Antara hamba dan kekufuran ialah meninggalkan solat.” Seseorang solat kerana mengaku dirinya hamba kepada Allah سبحانه و تعالى., tetapi seeorang yang sengaja meninggalkan solat, maka dia tidak layak menjadi hamba, dan tidak diikitiraf Allah سبحانه و تعالى sebagai hamba-Nya.




2. Untuk berada dalam keadaan memenuhi janji yang di ambil dari Allah سبحانه و تعالى. Kalau dia meninggalkan solat, maka dia dianggap orang yang mengingkari janjinya kepada Allah سبحانه و تعالى. Dalam hadis Nabi Muhammad ﷺ, riwayat Imam Ahmad bin Hambal r.a., “Jangan kamu sekali-kali meninggalkan solat dengan sengaja, jika kamu melakukannya, akan terangkatlah tanggungjawab Allah dan Rasul-Nya daripada kamu.” Yakni dia tiada dilindungi, atau dipelihara lagi oleh Allah سبحانه و تعالى kerana meninggalkan solat yang merupakan ikat janji antara seseorang dengan Allah سبحانه و تعالى. Dalam satu riwayat dikatakan, “Barangsiapa menjaga solat, dia akan dijaga Allah. Barangsiapa tidak menjaga solat, dia tidak akan dijaga Allah.”


3. Penghapus dosa – dalam hadis Nabi Muhammad ﷺ, “Orang yang solat 5 waktu, maka akan dihapuskan dosa-dosanya.”

4. Wasilah untuk dipenuhi harapan dan doa kita kepada Allah سبحانه و تعالى. Dalam Al-Quran, Allah سبحانه و تعالى berfirman, “Mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar.” Solat ialah wasilath untuk mendapatkan bantuan Allah سبحانه و تعالى. Rasulullah ﷺ sifatnya, jika menghadapi masalah atau perkara yang berat akan terus solat dan berdoa kepada Allah سبحانه و تعالى.
Alangkah banyaknya keperluan kita kepada Allah سبحانه و تعالى? Alangkah perlunya kita kepada solat sebagai wasilah untuk meminta bantuan kepada Allah سبحانه و تعالى. Ambillah pintu solat untuk dimasuki sebagai memohon bantuan kepada Allah سبحانه و تعالى.
__________________________________________________
Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
Taman Syurga, TVAlhijrah
Khamis & Jumaat [9:30PM]
islam itu indah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan