Home Klik Di Bawah

Selasa, 1 September 2015

Info Emas : jenis-jenis emas

 
Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Emas merupakan salah satu barang yang berharga yang sering dipakai sebagai hiasan bagi kebanyakan orang. Pada entri ini ingin saya kongsikan beberapa jenis-jenis emas.

Berikut adalah jenis-jenis emas yang kita boleh dapati di pasaran pada masa kini.
 
Emas 999 - Mempunyai ketulenan sebanyak 99.9 peratus, juga dikenali dengan nama emas 10 serta emas 24 karat. Emas ini tidak dicampur dengan bahan lain. Kebanyakan dari emas ini boleh didapati dalam bentuk bar ataupun " goldbar"
Emas 950 - Emas ini mempunyai ketulenan sebanyak 95.0 peratus dan 5 peratus daripadanya adalah campuran daripada bahan lain seperti aluminium, besi  dan bahan-bahan lain. Emas ini juga dikenali sebagai emas 23 karat.
Emas 916 - Emas ini mempunyai ketulenan sebanyak 91.6 peratus dan bahan lainya adalah campuran daripada logam-logam lain. Emas ini juga dikenali sebagai emas 22 karat.
Emas 835 - Emas yang mempunyai ketulenan sebanyak 83.5 peratus yang mana campuran lainya merupakan capuran daripada logam yang lain. Dikenali juga sebagai emas 20 karat.
Emas 750 - 25 peratus dari emas ini adalah campuran daripada logam lain. Emas ini mempunyai ketulenan sebanyak 75 peratus dan emas ini juga dikenali sbagai emas 18 karat.
Itulah serba sedikit  jenis-jenis emas yang saya kongsikan pada entri ini. Pelaburan emas sememangnya baik kerana nilainya yang tinggi dan emas sering dikaitkan dengan barang yang berharga. 
Baca juga entri saya yang lainya di link ini ~mediaokofee~. Sekian.
  http://medi4okofee.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan