Home Klik Di Bawah

Rabu, 2 September 2015

Kenali 5 tempat yang ditinggalkan manusia


Saiz popilasi penduduk dunia kian meningkat tahun demi tahun namun impak globalisasi memberi kesan terhadap penduduk dunia. Mungkin anda tinggal dibandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi atau mungkin juga anda tinggal di kampung yang mana saiz penduduknya kurang padat. Namun tidaklah kesah semua itu kerana apa yang anda akan lihat pada entri ini hanyalah tempat yang dulunya ada manusia namun sekarang telah lama ditinggalkan. Marilah kita 5 tempat yang ditinggalkan manusia dan kenapa ianya ditinggalkan.
Shicheng, China

Dahulunya ianya merupakan bukti kekayaan bangsa China namun kini ianya berada didalam permukaan air danau Qiandao. Shicheng juga bermaksud "Lion city" pernah diduduki namun akibat daripada pembangunan Xin`an river hydropower kota ini ditelengami dan tenggelamnya kota ini bermula pada tahun 1959.

 
 
 



Michigan Central Station

Detroit pernah menjadi bandar yang paling banyak penduduknya pada tahun 1900an dahulu dan Michigan Central station pernah menjadi tempat yang sibuk satu ketika dulu. Namun semenjak transportasi udara berkembang pesat stesen keretapi mula ditinggalkan dan tidak terkecuali Michigan Central Station. Michigan Central Station mula terbengkalai selepas keretapi terakhir bertolak pada 1988.


Deception Island, Antartika 

Deception island terletak di kutub selatan antartika dan ianya pernah menjadi tempat perhentian nelayan. Pulau ini juga pernah menjadi tempat untuk para ilmuan yang ingin mengkaji Kutub ini.
Namun pada 1960an pulau ini pun tidak diduduki akibat dari letusan gunung berapi deception.





San-Zhi, Taiwan

Satu ketika dulu kerajaan Taiwan telah memberi subsidi intuk membangunkan rumah-rumah futuristik bagi tempat percutian musim panas pada tahun 1978. Namun pemaju kawasan ini telah muflis dan projek ini terbengkalai dan ditinggalkan.



Kolmanskop, Namibia 

Dahulunya kota ini pernah menjadi tempat untuk melombong berlian namun kurangnya berlian dan terjumpanya lombong berlian baru mengakibatkan tempat ini ditinggalkan. 




http://medi4okofee.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan