Home Klik Di Bawah

Ahad, 27 September 2015

Perkara Yang Kita Harus Amal Setiap Hari

1. MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Ini kerana garam adalah penawar paling mujarab  bagi masalah keracunan dan juga boleh menghalang sihir.

2. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum dengan memegang gelas menggunakan tangan kanan. Elakkan menggunakan tangan kiri kerana iblis minum dengan tangan kiri.

3. LANGKAH KANAN
Masuk masjid langkah kaki kanan, keluar masjid langkah kaki kiri. Masuk rumah langkah kaki kanan, keluar rumah langkah kaki kiri. Masuk tandas langkah kaki kiri, keluar tandas langkah kaki kanan.
 
 
4. GUNTING BULU
 Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting atau mengemas bulu kemaluan dan ketiak mereka selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

5. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan terhindar dari gangguan iblis dan syaitan.

6. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan dibenci oleh Allah. Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengiring di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
7. JANGAN TIUP MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah dibiarkan sejuk sedikit hinggan mudah untuk dimakan. Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
8. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap atau membelakangkan kiblat ketika buang air kecil atau besar. Tetapi dibolehkan dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
9. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutup mulut dengan tangan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
10. JANGAN MAKAN SUSU DAN DAGING
Rasulullah SAW tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak. Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.
 nicknashram.blogspo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan