Open Minda:http://baca-blogspot.blogspot.com Paparan Terbaik Open Minda Menerusi Mozilla Firefox,Opera, Google Chrome Dan Safari.
Home Klik Di Bawah
▼
Ahad, 6 September 2015
Resepi Mudah - Kerepek Coklat...jom tengok
Untuk resepi buat 1 kg... Kalau nak cuba boleh buat sikit dulu sbb 1 kg ni dpt byk juga. Bahan-bahannya cukup ringkas.credit to biktin yg ajar mama cara buat kerepek ni.
Kerepek Coklat
Resepi; Dapurmamasya
Bahan
1 kg tepung gandum
3 sudu makan gula biasa
2 sudu besar serbuk koko
2 biji telur
4 sudu besar butter - suhu bilik
2 1/3 (500 ml) air campur 1 sudu kecil garam - kacau
Cara
1.Campurkan tepung gandum,gula, telur dan butter. Kacau rata .
2.Masukkan air sikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. doh lembut sedikit dari doh kulit karipap.
3.Ambil anggaran 1 cwn adunan dan campurkan dgn serbuk koko. Uli hingga serbuk koko rata.
4. Canaikan sedikit adunan asal tanpa warna. canaikan pula sedikit adunan coklat. letakkan lapisan adunan warna coklat di atas lapisan asal.Jika mahu corak rintik2, buat lapisan coklat memanjang mcm batang pensil dan disusun atas lapisan asal.Ulang buat sehingga adunan habis...dpt beberapa gulung.
5.Gulung adunan kemas-kemas.
6.Potong tipis2 adunan.adunan yg telah dipotong jgn ditindankan..susun sekeping-keping dlm dulang yg besar.
7.Setelah siap bolehlah digoreng dgn minyak yg byk.sejat.siap utk dimakan.
Utk kerepek ni boleh buat corak ikut pilihan masing2....di sini mama kongsikan 2 corak spt dibawah.
Corak 1....spt corak kerepek bawang
Canaikan sedikit adunan asal tanpa warna. canaikan pula sedikit adunan coklat. letakkan lapisan adunan warna coklat di atas lapisan asal.
Gulung adunan dari belah atas ke bawah kemas-kemas.
Potong tipis2 adunan.
adunan yg telah dipotong jgn ditindankan..susun sekeping-keping dlm dulang yg besar.
bolehlah di goreng..
sejat dan siap utk dimakan
hasil kerepek coklat
Corak 2....rintik-rintik
Buat lapisan coklat memanjang mcm batang pensil dan disusun atas lapisan asal.Gulung adunan dari belah kiri ke kanan kemas-kemas.jgn silap gulung nanti corak tak dpt gini.
Potong tipis2 adunan.
adunan yg telah dipotong jgn ditindankan..susun sekeping-keping dlm dulang yg besar.
dah goreng bolehlah dimakan. bukan waktu rayapun sesuai buat kerepek....makan sambil tengok tv...sembang-sembang...kunyah sekeping-keping...tak sedar sebalang dah licin...
dapur-mamasya.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan