Apa yang anda lakukan dengan surat khabar lama anda? Gunakannya untuk
lapik almari pakaian anda atau balut sayur dalam peti? Mungkin juga ada
yang lepas baca kumpul dan jual balik dengan harga yang murah. Jangan
membazir kalau ada simpanan surat khabar lama yang banyak, anda boleh
buat 14 barang kreatif yang mungkin anda sendiri pun tak jangka! Macam
ini...
1. Jam buatan sendiri
Hanya beberapa surat khabar lama, pisau dan jarum jam (dengan atau
tanpa nombor). Reka bentuk yang unik ini akan nampak cantik di dinding
anda.
2. Kasut comel
Ambik sepasang kasut lama yang nampak pudar warnanya, kemudian potong
surat khabar dalam ukuran empat persegi panjang kecil dan lekatkan di
kasut anda menggunakan gam putih. Apabila kasut anda ditutup sepenuhnya
dengan segi empat tepat yang kecil, letakkan satu lagi lapisan campuran
gam dan air ke atas mereka. Biarkan kering dan kasut 'wordalicious' anda
sudah boleh digunakan!
3. Balut hadiah
Jom cuba buat sesuatu yang lebih menarik untuk hadiahkan kepada
seseorang. Ya, hadiah yang kita nak bagi pada orang memang istimewa,
tapi lagi menarik kalau anda guna hasil kreatif macam ini. Tak perlu nak
beli yang dah siap sebab bila kita pandai hias dengan letak reben dan
kad comel, hadiah yang dibungkus lagi nampak luar biasa!
4. Dinding rumah
Bosan juga asyik tengok warna dinding rumah yang sama setiap tahu. Apa
kata kali ini anda gunakan surat khabar untuk jadikan wallpaper. Kena
kreatiflah, pilih helaian kertas yang nampak 'rare' berbanding yang
lain. Serius cantik!
5. Sampul surat
Sampul surat nerdy cukup sempurna untuk parti yang guna tema ala
vintage. Anda boleh buat sendiri guna surat khabar ya, hantar surat atau
jemputan buat seseorang istimewa. Untuk adakan majlis pun boleh.
6. Subang unik
Suka kelainan? Cuba anda buat subang sendiri macam ini. Ringan dan sesuai anda yang suka penampilan lebih ranggi. Lekat je surat khabar lama tu bahagian besi, terus nampak cantik.
7. Beg kertas
Agak biasa digunakan, tetapi jika anda lebih kreatif boleh letak hiasan
bunga atau riben. Sesuai letak barang-barang kecil untuk diberikan
tetamu ketika majlis.
8. Pelapik gelas atau cawan
Haaa... yang ini mungkin anda jarang buat, tempat letak gelas guna
kertas surat khabar lama. Sangat ringkas dan senang dibuta. Cubalah!
9. Hias beg luar dan dalam
Beg pun boleh dihias, ya! Dengan lebihan surat khabar lama yang ada,
anda ambil dan tampal di dalam beg. Nak tampal bahagian luar pun boleh
kalau nampak beg tu agak lama.
10. Pasu pokok bunga kecil
Minat berkebun tetapi tiada ruang dan tanah? Jangan risau anda boleh
guna kertas untuk tanam pokok kesukaan. Agak dah besar pindahkan dalam
pasu. Menarik, bukan?
11. Bunga tangan comel
Masa nak kahwin, semua barang kalau boleh nak jimat. Apa kata kalau
anda cuba buat sendiri bunga tanga guna surat khabar lama. Agak vintage
ok. Tak payah nak segan sangat!
12. Bakul barang kertas
Barang hiasan yang cukup comel ok, tempat letak phone dan pensil. Ini
kalau letak di meja ofis pasti orang tegur. Sebab cute, sangat pun! Anda
gulung kertas dan ikat dengan tali, mungkin nampak sukar tapi kalau
minat semua jadi senang.
13. Frame gambar
Wanita suka dengan sesuatu yang boleh naikkan seri rumah, bukan? Ini
salah satu idea untuk anda. Cipta bingkai gambar untuk letak gambar
anak-anak comel dengan suat khabar lama.
14. Hadiah simple tapi kreatif
Beg doorgift yang sangat mudah. Anda boleh lakukan sesuatu macam ini
untuk dijadikan kenangan ketika majlis anda. Sesuai untuk anda yang nak
kahwin dan majlis kesyukuran.
mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan