Home Klik Di Bawah

Ahad, 18 Oktober 2015

Cara Nak Dapat Pahala Dengan Mudah


Tips-tips mudah untuk kita dapat pahala. Saja aku nak berkongsi pada bulan puasa ne.Sape baca dapat pahala..hehe

Bangun pagi lihat muka ibu bapa
Lihat gambar Kaabah
Baca ayat Al-quran
Senyum
Muhasabah diri 
 
 

Beruntunglah mereka yang masih ada ibu bapa di dunia ne. Tapi ada yang tidak menghargai kerana menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua. Jangan buat macam tu. Syurga tu bawah tapak kaki ibu. Derhaka pada orang tua tak bau syurga la jawabnya. Tak payah tunggu sampai hantar ibu bapa ke rumah orang tua, berkata 'ah' pun dah termasuk dalam kategori anak derhaka.

Dibilik tidur atau ruang tamu eloklah gantung gambar Kaabah, sejuk hati melihatnya dari duk gantung gambar artis yang separuh bogel.
 
Banyaklah baca Al-quran lebih-lebih lagi bulan puasa ne. Jangan bila nak mati lidah keluar sampai ke dada sebab tak pernah menyebut kalimah Allah. Lepas magrib, ambil masa sekejap untuk baca Al-quran.
 
Senyum pun dapat pahala. Kalau jalan-jalan kat kampung tu, senyum la kat jiran ke untuk menyenangkan hati mereka. Tak luak pun senyuman tu. Rasanya kalau pahala tu dalam bentuk duit 24 jam kot orang senyum.

Muhasabah diri, cara paling mudah nak dapat pahala. Masa duk sorang-sorang tu fikir balik dosa yang kita buat sambil-sambil merenung langit dan tengok alam sekeliling. Bunuh cicak pun dapat pahala jugak. Mudah kan!

 
http://nicknashram.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan