Demam Kepialu boleh membawa maut
sekiranya langkah awal dalam rawatan tidak di lakukan. Ia akan menjadi
kronik seandainya kuman yang berada di dalam badan terlalu banyak
sehingga menghasilkan terlalu banyak toksin dalam badan. Kuman ini boleh
menyerap dan masuk ke dalam darah manusia yang akan menyebabkan
berlakunya sepsis dan akhirnya tekanan darah terlalu rendah dan kematian
berlaku.
Pendarahan dalam usus juga boleh berlaku kerana Demam Kepialu, dan ia
juga merupakan antara punca kematian. Ia juga boleh merebak ke bahagian
paru-paru, jantung dan buah pinggang.
Demam Kepialu (Typhoid) telah
lenyap lebih daripada sedekad yang lalu. Seperti di laporkan di dalam
akhbar tempatan, kali terakhir Demam Kepialu melanda negara adalah pada
2006. Di percayai, wabak Demam Kepialu kembali di sebabkan oleh
kemasukan warga asing secara haram tanpa melalui saringan kesihatan.
Demam Kepialu sangat mudah merebak
menerusi makanan dan minuman. Dan kalau kita lihat, banyak restoran dan
kedai makan yang menggaji pekerja asing yang mungkin menjadi antara
pembawa dan penyebab penyakit ini.
10 Langkah Mencegah Demam Kepialu (Typhoid)
- Segera ke hospital atau klinik jika alami cirit-birit, demam atau sakit perut yang teruk.
- Minum banyak air yang dimasak dengan sempurna.
- Makan makanan yang baru dimasak.
- Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas ke tandas.
- Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum dimakan.
- Tutup semua makanan dan minuman untuk elak dihinggapi lalat.
- Guna sudu, garfu, senduk dan penyepit yang bersih.
- Bersihkan kawasan rumah untuk elak lalat membiak.
- Gunakan tandas yang sempurna.
- Pilih gerai dan kedai makan yang bersih, ini termasuklah pengendali makanan di gerai dan kedai makan tersebut.
Pekerja Kedai Makan, Restoran Dan Kilang Makanan Wajib Ambil Suntikan Typhoid
Untuk makluman, pekerja di kedai makan
adalah tertakluk dengan peraturan Kementerian Kesihatan untuk
mendapatkan suntikan tertentu. Suntikan yang saya maksudkan itu ialah
suntikan Typhoid. Semua orang yang bekerja di sektor berkaitan makanan
perlu mengambil suntikan ini, dan menjadi satu kesalahan sekiranya
suntikan tidak diambil dan pada masa sama ada kes keracunan makanan dan
juga penyakit seperti Demam Kepialu.
http://www.hasrulhassan.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan