Assalamualaikum
Sempena hari yang indah dan sejuk dek kerana suhu kat ofis yang ala-ala winter sonata ni, tetiba terasa nak makan shepherd's pie
la pulak. Erm.. macam tak da kaitan je shepherd's pie dengan kesejukan.
Abaikan saje, yang penting chef hari ni nak kongsikan resepi yang
sonang dan sodap. Bak kata pepatah orang zaman batu 'kacang je' nak buat
nye. Orang malas pun bole jadi rajin nak buat akibat daripada
kesenangan yang amat sangat.
Kredit: inspirasi resepi dari blog Cik Epal Gojes
Kredit: inspirasi resepi dari blog Cik Epal Gojes
Ni bahan-bahan untuk buat lapis-lapis dia atau dalam bahasa omputihnya untuk layer bawah dan atas.. erk..betul ke tu.. bole la bole la..
Kentang dalam 10 biji atau lebih (ikut saiz | saya guna dalam 12 biji 3 sudu besar butter / planta / margerin | ikut suka Lada sulah + garam sesedap rasa Susu segar 1/4 cawan |
Ni Bahan-bahan untuk inti
1 paket ayam cincang @ daging pun bole 1 @ 2 ulas bawang merah | cincang 5 ulas bawang putih | cincang 1 biji tomato gebu | dadukan 1 tin kecil tomato puree 1 tin cendawan butang Daun ketumbar 2 sudu sos cili Garam Mari mula memasak.. Mulakan dengan kentang-kentangan dulu |
Mula-mula kupas kulit kentang, belah kecik-kecik pastu rebus sampai empuk seempuk-empuknya |
Dah empuk bolehlah mula melenyek kentang bersama campuran butter, lada sulah dan garam
Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit dan lenyek lagi |
Agak-agak dah cukup tahap kelenyekannya, dah tak de ketul-ketul.. boleh lah diketepikan dulu. Kita nak wat inti pulak Untuk ini kita mulakan dengan.... |
Cairkan butter |
Masukkan bawang merah dan bawang putih |
Masukkan daging @ ayam cincang |
Masukkan tomato puree, sos cili, garam, daun ketumbar dan gaulkan sehingga sebati |
Masukkan cendawan butang + tomato dadu |
Gaul-gaul-gaul.. Dah siap |
Inilah kejadiannya.. Kentang lenyek + inti daging |
Hokey.. mari kita mulakan acara melapis-lapis
Letak lapisan kentang kat dasar loyang korang.. Jangan buh habis pulak, nanti nak letak kat atas sekali |
Bubuh la inti daging tu kat atas kentang tadi, ketebalannya ikut suka tekak korang |
Kat atas inti daging tu, letak selapis lagi kentang lenyek tadi |
Dah agak-agak kuning keperangan yang cantik macam gambar ni, boleh lah dikeluarkan. Kalau rasa-rasa dah tak sabar nak menelannya boleh lah terus potong dan lihatlah hasilnyaaaa |
Nampak Gebu kannn... kan... kan.... |
www.noreason.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan