Ikhlas juga bermakna kita bersikap jujur dan tidak berpura-pura. Telus
dengan diri sendiri dan orang lain serta mengakui kelemahan diri
sendiri. Bayangkan jika diri tidak ikhlas. Ia hanya membuatkan anda
pincang. Bagaimana mungkin anda boleh menjadi orang yang lebih baik jika
tidak telus dengan diri sendiri? Bagaimana mungkin mengharapkan untuk
mendidik anak menjadi ikhlas jika kita sendiri tidak ikhlas?
Cara-cara mudah untuk mendidik anak bersikap ikhlas:
Terapkan dalam mindanya. Ulang dan ulang
lagi. Bila anda menghantar anak ke sekolah atau sebelum dia melangkahkan
kaki ke sekolah, ingatkan "Ajim, ikhlaslah dengan apa sahaja yang Ajim
buat." Tanya dia "Kenapa Ajim mesti ikhlas?" Katakan "Sebab, itulah
satu-satunya cara untuk hati menjadi tenteram. Jika kita tidak ikhlas,
semua usaha kita sia-sia kerana Allah tidak akan menerimanya. Jika anda
ulangi setiap hari, kata-kata ini akan tertanam di dalam kotak fikiran
anak anda.
Jangan salahkan orang lain. Meskipun orang
lain tidak tahu kesilapan anda, akuilah jika anda yang bersalah. Jangan
sekali-kali menganggap diri terlalu mulia untuk meminta maaf kepada
suami atau isteri, anak, rakan, jiran atau ibu bapa sendiri. Tanyalah
"Apa yang boleh aku lakukan untuk memperbaiki keadaan ini?"
Jangan harapkan balasan untuk kebaikan yang
anda lakukan. Ini penting, lebih-lebih lagi jika orang yang anda bantu
langsung tidak menghargai usaha anda atau lebih teruk, membalasnya
dengan kata-kata kesat.Yakinlah bahawa Allah akan memberi anda ganjaran
bagi kebaikan yang anda lakukan.
Bergembiralah jika orang lain lebih baik
daripada anda. Tunjukkan kepada anak anda bahawa anda gembira bila
sahabat, saudara-mara atau adik-beradik anda lebih senang hidupnya. Doakanlah untuk kesejahteraan mereka seperti anda mendoakan untuk diri anda dan keluarga sendiri.
http://atieyusoffamily.blogspot.my
tq for tips
BalasPadam