Home Klik Di Bawah

Rabu, 18 November 2015

Hindenburg Zeppelin - Legenda Pesawat Terbesar Di Dunia Menyamai Titanic

LZ 129 Hindunberg merupakan pesawat udara zeppelin terbesar di dunia yang telah dihasilkan Jerman. Zeppelin Hindenburg dinamakan bersempena nama Presiden Jerman ketika itu iaiatu Paul Von Hindenburg.
 
 

Pada Mei 1937 pesawat ini terbakar di ruang udara New Jersey Amerika Syarikat dan mengorbankan seramai 35 orang penumpang.
Kapal udara Hindenburg Zeppelin mampu terbang pada kelajuan 140 batu sejam bersamaan dengan 200km/j dan panjang pesawat ini adalah 245 meter menjadikan ia sebagai satu-satunya pesawat udara terbesar yang pernah dihasilkan oleh Nazi Jerman.
Ia mampu memuatkan 30 orang penumpang VIP dan untuk menerbangkan pesawat ini, seramai 60 orang krew terlibat dalam penerbangan Hindenburg.
Mengikut sejarah, Hindenburg dibina oleh seorang jurutera Jerman, Luftschiffbau Zeppelin sekitar tahun 1935.
Kos bagi mencipta pesawat ini menelan belanja sebanyak Euro500,000.
Hindenburg Zeppelin terbang buat kali pertamanya pada Mac 1936 dan rekod yang pernah dicatatkan adalah ia mampu terbang menyeberangi lautan Atlantik selama hampir 6 hari.
Menurut plan yang ditetapkan oleh jurutera pesawat ini, Hindenburg pada asalnya memerlukan gas helium untuk terbang, tetapi sekatan tentera Amerika Syarikat pada ketika itu memaksa Jerman menggunakan gas Hidrogen untuk mengapungkan pesawat tersebut.
Gas Hidrogen adalah gas yang mudah terbakar dan disebabkan itulah penggunaan Hidrogen terhadap Hindenburg menjadi salah satu faktor pesawat ini terbakar.
Ada dakwaan mengatakan Hindenburg terbakar akibat percikan elektrik statik yang terkumpul dari geseran dengan udara.
Walaubagaimanapun, punca kebekaran kapal udara ini tidak dapat disahkan dengan tepat.
Akibat dari kejadian yang meragut nyawa pada tahun 1937, Hitler mengarahkan untuk menghentikan segera pengeluaran pesawat ini. -HarianBlogger.Com
 
pen patah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan