Dari
Abdullah bin Mas’ud, katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. “Tidak akan
masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari
sifat takbur (sombong). Berkata seorang laki-laki: Sesungguhnya semua
orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus. Berkata
Rasulullah s.a.w. Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada
kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai
orang lain.” -Riwayat Muslim.
Huraian Hadith:
Sekiranya
hasil daripada kekayaan, manusia menjadi sombong, takbur dan riak
terhadap apa yang dimilikinya, asas kebahagiaan hidup itu sebenarnya
tidak bererti lagi buatnya. Sesungguhnya apa jua kurniaan Allah SWT
perlu dimanfaatkan dengan betul. Sekiranya Allah bersikap pemurah kepada
hamba dan makhluk-Nya bagaimana pula kepemurahan kita sesama manusia?
Allah SWT menyarankan agar setiap nikmat diterima dengan kesyukuran dan
disalurkan kepada perkara yang baik berupa kebajikan yang boleh memberi
manfaat kepada orang lain seperti dalam urusan jual beli, berzakat
fitrah dan bersedekah. Iaitu bukan dengan cara menunjuk-nunjuk kekayaan
tersebut yang menimbulkan perasaan iri hati orang yang melihatnya. Sifat
menolak dan tidak menghargai orang lain juga menunjukkan sifat seorang
yang riak dan takbur. Sifat ini hanya dapat disingkirkan jika kita
membiasakan diri menjalani hidup secara sederhana atau
sekurang-kurangnya jika kita kaya, kita bersifat pemurah (tidak sombong
dan kedekut). Natijahnya kewujudan kita dalam masyarakat sekeliling akan
dipandang tinggi dan mereka akan menghormati bukan kewujudan kita
dibenci disebabkan kebakhilan kita yang juga suka menunjuk-nunjuk.
*sumber islammy.com / detik islam
Tapi mmg betul.. cukuplah sekadar bersederhana.. Alhamdullillah
BalasPadam