Beberapa amalan mudah dan mampu dibuat oleh sesiapa sahaja untuk
menjana kebaikan dan pahala melalui Facebook adalah seperti berikut:
1. Update status anda dengan pengisian yang bermanfaat. Contohnya,
menulis di status anda beberapa potong maksud ayat al-Quran, hadis,
kata-kata salaf, yang anda rasakan ia akan memberi kesan kepada orang
yang membacanya. Jika anda mempunyai 1000 friends, andaikata hanya 10%
yang membacanya, ada sudah dikira menyebarkan kebaikan kepada 100 orang
dengan cara yang cukup mudah.
Jika daripada 100 orang yang membacanya, hanya 10% yang terkesan dan
mengamalkan kandungan status anda, anda sudah dikira menjadi penyebab
kebaikan kepada 10 orang, dengan cara yang tidak disangka-sangka.
Tapi awas! jangan terlalu boros dalam membuat pengisian, nanti
friends anda akan boring membaca status anda, kerana sudah menjadi
tabiat manusia cepat boring dan jemu dengan perkara yang berterusan dan
sekata. Pilihlah pengisian yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Dan
variasikan ia samada dengan tulisan, gambar, video, dan lain-lain.
2. Jika anda terbaca status orang lain yang sangat bermanfaat dan
boleh memberi kesan kepada orang lain, apa salahnya anda sebarkan status
tersebut. Gunakan kemudahan share untuk tujuan perkongsian, atau copy
paste sahaja apa yang anda ingin kongsikan dengan friends anda.
Lebih-lebih lagi, bagi pemegang akaun Facebook yang mempunyai list
friends yang ramai, boleh membantu menyebarkan kebaikan yang ada pada
status seseorang yang mempunyai bilangan friends yang ciput.
Mudah-mudahan termasuk dalam bekerjasama dalam dakwah.
3. Anda yang mempunyai maklumat tentang program-program ilmu (yang
betul-betul), bolehlah mengiklankan program tersebut di laman Facebook
masing-masing dengan memberikan tajuk, nama penceramah, dan jadual
pengajian. Manalah tahu, ada kalangan friends kita yang tinggal
berhampiran dengan lokasi dan mempunyai kelapangan, boleh mengambil
faedah dari majlis-majlis yang berkat.
4. Atas semangat silaturrahim dan atas kesedaran betapa besarnya
kewajipan mengeratkan silaturrahim, alangkah baiknya jika setiap kelurga
mempunyai group tersendiri yang boleh menghimpunkan segala
suku-sakatnya. Dalam group seperti ini, banyak kebaikan dapat dibuat,
contohnya bertanya khabar antara ahli keluarga, mengupdate berita-berita
keluarga, menyelesaikan permasalahan ahli keluarga secara tertutup dan
macam-macam. Walaupun perkara kecil, namun siapa sangka dengan semangat
silaturrahim, Allah Taala akan memberkati hidup seseorang.
5. Jika anda mempunyai komen bernas dan bernilai terhadap sesuatu
kandungan status orang lain, lakukanlah dengan penuh adab dan sopan
seolah-olah anda sedang bercakap dengannya. Mungkin anda yang
berpengetahuan tinggi boleh membuat penambahan maklumat, pembetulan
kesilapan, pencerahan terhadap kekeliruan, dan lain-lain. Malahan,
mungkin komen-komen untuk tujuan tersebut boleh sampai ke tahap fardhu
kifayah jika di sana terdapat keperluan mendesak dari sudut Syarak, dan
tiada yang boleh melakukannya kecuali anda.
6. Jika mereka yang mempunyai kemusykilan agama, boleh juga
menggunakaan laman Facebook sebagai tempat perbincangan. Tulislah soalan
anda, dan tag kan ustaz-ustaz Facebook yang dipercayai dan mempunyai
masa untuk melayan soalan anda. Mudah-mudahan, ini sebagai satu cara
melaksanakan arahan Allah SWT supaya bertanya kepada ahli ilmu dalam
perkara-perkara yang tidak diketahui.
Semoga dengan melakukan perkara-perkara kecil di atas ketika melayari
Facebook, akan ada insan-insan yang beroleh kebaikan dari dakwah kita,
akan ada pahala-pahala tercatat di buku amalan baik kita, akan ada
dosa-dosa dihapuskan dari buku amalan jahat kita. Mudah-mudahan Facebook
yang dicipta oleh seorang bukan Muslim menjadi satu sebab kebaikan
kepada seseorang Muslim.
Wallahu a’lam.
islam itu indah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan