Home Klik Di Bawah

Selasa, 8 Disember 2015

Eskatologi Ilmu Akhir Zaman


Eskatologi mungkin agak baru dan asing dari kefahaman masyarakat hari ini. Eskatologi adalah ilmu Akhir Zaman dan ilmu strategi perang. Boleh kata Eskatologi adalah Juzu’ baru bagi mereka, dan mereka perlukan masa untuk menghadam info-info yang kita bincangkan. Disiplin Eskatologi adalah memadankan situasi yang berlaku dengan surah Quran dan Hadith-hadith akhir zaman.

Ia memerlukan kepekaan tinggi dan kefahaman terhadap murad Hadith-hadith tersebut, ia agak mencabar bagi mereka kerana faktor-faktor yang mengikat mereka dan juga keterbatasan akal fikiran membuatkan mereka agak ketinggalan dalam aspek Askatalogi, itu yg kita nampak hari ini.
 

KEPENTINGAN ILMU FITAN & ESKATOLOGI

Apa yang kita bincangkan adalah ilmu akhir zaman dalam menemukan kebijakan internal Ilahiah manusia, dengan berbagai ilmu dan informasi kebenaran dalam menjalani dunia Akhir Zaman yang berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Eskatologi Islam, Insya-allah.

Pengasas bidang ilmu Eskatologi Islam atau kajian ilmu akhiruzzaman adalah Imam Al-Ghazali, Ibn Kathir, Ibn Majah, Imam al-Bukhari, Ibn Khuzaimah dan ahli Sufi.

Kini ilmu yang semakin ‘hilang’ ini diteruskan oleh Sheikh Maulama Imran Nazar Hosein secara meluas dengan menggabungkan KAJIAN, FAKTA, dan BUKTI dari aspek AGAMA, POLITIK, KEWANGAN, SAINS, EKONOMI, SEJARAH peradaban manusia, dan lain-lain, beserta dengan interpretasi ilmiah berpandukan kitab Al Quran dan As Sunnah (hadith).

FREEMASON : REALITI ATAU PARANOID?

lluminati, Freemason dan Penyembah Syaitan BUKAN konspirasi. Terdapat DALIL NAS dari banyak hadis dan ayat Al Quran serta banyak FAKTA sejarah, sains dan semasa yang menyokong. Pembongkaran agenda Illuminati serta Dajjal Laknatullah boleh dijadikan dakwah akhir zaman yang menghadapi pelbagai krisis dan fitnah samada di peringkat global, negara dan individu.

Petanda-petanda kemunculan Dajjal dan kedatangan Imam Mahdi semuanya termaktub jelas dalam hadis-hadis sahih Rasulullah SAW sebagai peringatan dan persediaan buat umat akhir zaman. Tiada seorang manusia pun yang tidak terkait dengan perkara ini, apatah lagi bagi orang Islam lagi beriman kepada Allah samada mereka tahu atau tidak mahu ambil tahu.

Bagaimana hal Dajjal, Freemason dan Imam Mahdi boleh dijadikan dakwah?

PERTAMA : Kerana ianya adalah pesanan dari hadis Rasulullah saw.
KEDUA : Relevan dengan isu semasa akhir zaman.
KETIGA : Berkait dengan peristiwa tanda-tanda Kiamat.
TUJUAN : Menarik seberapa ramai orang kepada Islam dan Iman, dan untuk kesedaran umat Islam.

*sumber peribadirasulullah.wordpress.com / detik islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan