Hasil solekan memang nampak cantik, tetapi bagaimana pula dengan kesan
solekan pada kulit wajah. Malah solekan dan berhias dikatakan boleh
menjejaskan kesihatan diri. Berikut ini kenyataan lengkap yang
mengaitkan solekan dengan dunia kesihatan...
1. Kongsi barang solekan
Sudah terbiasa bagi pinjam baju, kasut atau mungkin barang perhiasan
yang lain. Jadi anda pasti tidak kisah jika ada teman mahu meminjam
barang solekan yang ada. Hati-hati, sebab lipstik atau eyeliner boleh
menyebabkan infeksi dan mungkin juga pelbagai penyakit lain tanpa
disedari. Tambah pula lipstik itu digunakan di bahagian bibir yang
kadang terkena air liur tanpa dijangka.
2. Barang solekan tamat tempoh
Barang solekan pun ada tempoh tertentu dan ramai yang tidak ambil
peduli. Main sedap pakai, tahu-tahu kulit wajah rosak. Ini bahayanya
menggunakan barang solekan terlalu banyak, sampai tidak sedar barang
solekan sudah tidak boleh digunakan. Kena tahu ya, solekan yang sudah
tamat tempoh membuatkan kulit anda iritasi dan mata merah.
3. Tidur tanpa membersihkan solekan
Mungkin kadang penat sangat, balik saja dari tempat kerja terus terlena
sampai ke pagi. Tidur dengan wajah ada make up membuatkan pori-pori
wajah anda tersumbat dan mata kerana alat solek mengandungi minyak dan
lilin.
Wanita memang mahu nampak cantik selalu. Tetapi kalau anda rasa malas
untuk membersihkan wajah dari alat solek, lebih baik anda biasakan kulit
wajah anda bebas daripada sebarang solekan. Cantik semula jadi lagi
puas daripada melukis wajah dengan alat solek yang akhirnya merosakkan
kulit wajah sendiri. Jadi mulai sekarang hati-hati ya, wanita.
http://www.mingguanwanita.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan