Lidah lebih sukakan sajian Ala Thai? Tapi nak yang lebih senang
dihidangkan dan sedap. Ok, anda patut cuba 5 resepi ini kerana rahsia
cara masakan ini pasti akan memuaskan selera anda.
1. PULUT DAKAP (KHAO TOM MAT)
Bahan-bahan:
300 gm beras pulut
12 biji pisang abu atau pisang awak
10 gm garam
20 gm gula
1 cawan santan segar
3 helai daun pisang } dilayurkan
Cara membuat:
1. Rendam pulut semalaman, kemudian tos.
2. Kukus pulut separuh masak lebih kurang selama 10-15 minit.
3. Panaskan santan dan campurkan garam, gula sehingga larutan sebati
dan tuangkan ke atas pulut yang dimasak tadi. Tuangkan santan sedikit
demi sedikit.
4. Ambil daun pisang yang dilayurkan tadi serta rata pulut di atas bersama pisang di dalamnya. Kemudian gulung.
5. Sisip daun pisang tadi di sebelah kanan dan kiri, kemudian cantumkan
dua keping pulut yang digulung tadi bersama. Ikat menggunakan tali.
6. Sekali lagi kukus pulut dakap selama 10-15 minit.
7. Potong dan sedia dihidangkan.
2. PENGAT NANGKA ( THAP TIM KROP)
Bahan-bahan A:
100 gm tepung pulut
Daun pandan } dikisar bersama air dan tapis
Secubit garam
• Campurkan semua bahan sehingga sebati dan diuli sebesar biji guli.
Bahan-bahan B:
100 gm tepung pulut
Perwarna merah
Air
Secubit garam
• Campurkan semua bahan sehingga sebati dan diuli sebesar biji guli.
Bahan-bahan C:
200 gm nangka masak } dipotong dadu
15 gm biji sago } direndam
2 cawan santan segar
2 helai daun pandan
100 gm gula
Garam secukup rasa
Air
Cara membuat:
1. Panaskan air sehingga mendidih, kemudian masukkan adunan yang diuli tadi, angkat keluar bila timbul tandanya telah masak.
2. Didihkan air yang baru. Masukkan daun pandan dan gula bersama sehingga larut kemudian masukkan nangka dan biji sago.
3. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan.
Apabila telah mendidih, masukkan tepung yang telah dimasak tadi.
4. Siap sedia dihidangkan panas atau sejuk.
3. KERABU PERUT LEMBU
Bahan-bahan:
500 gm perut lembu
4 biji bawang kecil
3 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
50 gm tauge } dicelur
3 biji limau nipis
1 tangkai daun ketumbar
3-4 sudu sos ikan
1 sudu gula
Cara membuat:
1. Hiris perut lembu yang direbus tadi.
2. Racik serai, bawang kecil, cili padi, cili merah dan daun ketumbar.
3. Masukkan perut yang dihiris bersama bahan-bahan yang diracik,
tauge, sos ikan, gula dan perahan jus limau nipis digaul sehingga
sebati.
4. Sedia dihidangkan.
4. GULAI UMBUT PISANG
Bahan-bahan:
500 gm umbut pisang
10 tangkai cili hijau
3 tangkai cili padi
2 tangkai daun ketumbar
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
10 gm belacan
2 batang serai } diketuk
2 cawan santan segar
5 gm jintan putih
4 helai daun limau purut
2 keping asam keping
1 cawan air
30 gm minyak masak
Cara membuat:
1. Cili hijau, cili padi daun ketumbar, bawang putih, bawang merah, belacan dikisar bersama sedikit air.
2. Panaskan minyak, masukkan serai sehingga naik bau bersama bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga garing.
3. Masukkan umbut pisang bersama air. Gaul sebati sehingga masak, letak asam keping dan daun limau purut.
4. Setelah umbut pisang lembut, masukkan santan dan didihkan selama 2-3minit. Masukkan bahan perasa secukupnya.
5. Angkat dan siap sedia dihidangkan.\
Bahan-bahan:
500 gm umbut pisang
10 tangkai cili hijau
3 tangkai cili padi
2 tangkai daun ketumbar
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
10 gm belacan
2 batang serai } diketuk
2 cawan santan segar
5 gm jintan putih
4 helai daun limau purut
2 keping asam keping
1 cawan air
30 gm minyak masak
Cara membuat:
1. Cili hijau, cili padi daun ketumbar, bawang putih, bawang merah, belacan dikisar bersama sedikit air.
2. Panaskan minyak, masukkan serai sehingga naik bau bersama bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga garing.
3. Masukkan umbut pisang bersama air. Gaul sebati sehingga masak, letak asam keping dan daun limau purut.
4. Setelah umbut pisang lembut, masukkan santan dan didihkan selama 2-3minit. Masukkan bahan perasa secukupnya.
5. Angkat dan siap sedia dihidangkan.\
5. AYAM PANGGANG KUAH KACANG (KAI YANG)
Bahan-bahan:
1 ekor ayam } dipotong
80 gm bawang merah
30 gm bawang putih
2 batang serai
40 gm halia
20 gm lengkuas
5 tangkai cili kering
15 gm kunyit hidup
5 gm serbuk ketumbar
3 helai daun limau purut
1 cawan santan segar
80 gm kacang tanah (disangai dan ditumbuk)
10 gm garam
10 gm gula
20 gm minyak masak (untuk menumis)
Cara membuat:
1. Bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas, cili kering, kunyit hidup dikisar bersama sedikit air.
2. Perap ayam bersama separuh dari bahan yang dikisar tadi selama dua jam.
3. Panaskan minyak, tumis serbuk ketumbar bersama separuh lagi bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kacang yang ditumbuk, kemudian masukkan santan, garam, gula, daun limau purut. Ketepikan.
5. Panggang atau bakar ayam yang diperap tadi di dalam ketuhar selama 40-45 minit pada suhu 165 darjah Celsius sehingga masak.
6. Potong ayam yang telah dimasak dan dihidangkan bersama kuah kacang yang telah disediakan tadi di atasnya.
mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan