Cara mudah nak jadi cepat kaya tapi dalam keadaan ekonomi sekarang agak mustahil bagi kita untuk menjadi kaya dalam masa terdekat, tapi kita tak sedar ada cara mudah lain yang membolehkan korang jadi senang.
Ini bukanlah ‘jalan pintas’ seperti yang dianggap oleh masyarakat umum, tetapi ini cara ‘tersembunyi’ yang tak terlintas dalam fikiran anda untuk senang. Pendek kata murah rezeki, mungkin bukan kaya dari segi kewangan tapi ‘kaya’ dari pelbagai sudut.
1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau
isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa
sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta
mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.
3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas
solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke
tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang
yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya
kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani
pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt
mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.
5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi
duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga
pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.
6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah.
Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu
teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.
7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2
merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan
bayarkan. Buat diorang tersenyum.
8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan
pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family
ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena
kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka
mampu.
9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata
kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja,
tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.
10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah
tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah.
Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt
ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.
Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya.
Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang
kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.
Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan
usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat
perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok
lusa kita pula yg akan menerima?
Sumber: Facebook Bob Rich/www.aminin
Sumber: Facebook Bob Rich/www.aminin
Insyallah..boleh diambil perhatian.. Tq for tips
BalasPadam