Home Klik Di Bawah

Selasa, 8 Disember 2015

Santai - Kisah Lawak

Assalamualaikum,
 
Kali ini saya kongsikan beberapa kisah lawak untuk bacaan santai di hujung minggu. Kisah ini hanya rekaan dn tiada kena-mengena dengan individu yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Kisah Lawak 1: Motosikal

Tiga orang lelaki menaiki sebuah motosikal dan telah ditahan oleh polis trafik. Namun penunggang motosikal tidak berhenti dan menjerit kepada polis trafik berkenaan.

Penunggang motosikal : Dah tak muat, kami dah bertiga. Jalan dulu tuan!!!
Polis trafik : ???

Kisah Lawak 2: Mangga

Seorang suri rumah pergi ke pasar untuk membeli barangan dapur. Tiba-tiba dia ternampak buah mangga.

Suri rumah : Berapa harga sebiji buah mangga ini?
Penjual : RM2.50 kak..
Suri rumah : RM2.50? Mahalnya harga..
Penjual : Harganya memang mahal kerana dijamin manis.
Suri rumah : Bagaimana kalau rasanya masam?
Penjual : Kalau masam tak perlu membayar.
Suri rumah : Kalau begitu, minta sepuluh biji mangga yang masam.
Penjual : ???

Kisah Lawak 3: Panadol

Sam melihat Joe membancuh kopi dan memasukkan sebiji panadol ke dalamnya. Dia berasa hairan dan segera bertanya kepada Joe. 

Sam : Kenapa kau masukkan panadol ke dalam air kopi itu?
Joe : Ooo.. Kopi inikan panas. Letak panadol kurang la sikit panasnya.
Sam : ???

Kisah Lawak 4: Cermin Mata

Ben mengalami masalah rabun dan telah berjumpa dengan doktor mata. Doktor mencadangkan supaya Ben memakai cermin mata bagi mengatasi masalahnya.

Ben : Selepas pakai cermin mata nanti, bolehkah saya membaca seperti orang lain?
Doktor : Oh, sudah tentu boleh.
Ben : Gembiranya saya. Sebenarnya sudah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca.
Doktor : ???

Kisah Lawak 5 : Singa

Pada suatu hari seorang pemburu pergi memburu di hutan. Tiba-tiba dia ternampak seekor singa. Kerana terkejut, pemburu itu tidak sempat mengangkat senapangnya. Pemburu hanya mampu berdoa. Dia menjeling ke arah singa dan ternampak singa juga sedang berdoa. 

Pemburu : Ah, leganya. Singa baik rupanya. Tolong lepaskan aku.
Singa : Singa baik selalu baca doa sebelum makan.
Pemburu : ???

Semoga terhibur membaca kisah lawak ini.. 
Diolah dari sumber asal lawak2u.wordpress.com/ http://www.mizzaiza.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan