Tidur
yang lena dan cukup sangat penting bagi manja dari 0 hingga 3 tahun.
Ini kerana si manja yang tidur lena akan lebih sihat dan gembira.
Anda
akan perhatikan bahawa bayi ceria, kurang meragam, dan tidak akan
menangis tanpa sebab. Dan seperti bayi saya, Ainur akan nampak lebih
cergas dan aktif bermain bersama abang-abangnya. Berikut saya kongsikan 3 Langkah Bayi Tidur Lena Waktu Malam Agar Ibu Tidak Bermata Panda.
Langkah Pertama - Mandian Air Suam
- Jadikan masa mandi sebagai masa yang menyeronokkan dan menyenangkan buat anda dan bayi.
- Tubuh si manja yang hangat, bersih dan kering akan memudahkan anda menidurkannya.
Langkah Kedua - Urutan Yang Menenangkan
- Selepas mandian air suam, urutan lembut pada tubuh bayi akan membantu mengekalkan kelembapan kulit. Anda boleh menggunakan minyak bayi bagi tujuan ini.
Langkah Ketiga - Masa Senyap
- Pastikan anak anda tidur dalam suasana senyap. Saya akui ini perkara yang sedikit mencabar jika si manja mempunyai adik-beradik yang lebih berusia. Mungkin apa yang boleh anda lakukan adalah dengan meminta pertolongan pasangan untuk menjaga abang dan kakak sementara anda menidurkan bayi.
- Berzikir dan membaca surah-surah lazim membantu bayi tenang. Selalunya saya akan memadamkan lampu dan menyusukan bayi serentak pada masa ini. Kiranya bonding-time saya lah. Memang mudah tidurnya. Hormon CCK dan Vitamin D yang tinggi dalam susuibu sangat membantu bayi lena lebih cepat.
Sebagai
ibu bapa kita harus sedar yang masa tidur adalah penting dan dapat
membantu pembanguna kognitif (berfikir) bayi. Perkara ini memang di akui
oleh pakar.
Jadi
berbincanglah dengan pasangan anda bagaimana anda mahu mengamalkan
rutin bilik tidur yang baik bagi memastikan bayi mendapat tidur lena dan
lama. Bonusnya, anda juga mendapat rehat yang cukup.
Selamat mempraktik!
http://semulajaditerbaik.blogspot.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan