Kita selalu lihat anak kecil termasuk anak sendiri duduk dengan kaki
lipat ke belakang seakan bentuk W ketika bermain di lantai. Ia dianggap
biasa pada anak yang berusia dua tahun ke bawah. Tapi sekiranya cara
duduk begitu menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua
tahun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan
anak.
Kenapa Cara Duduk W Bahaya Pada Anak?
Kenapa Cara Duduk W Bahaya Pada Anak?
Cara duduk ini akan menambah tekanan di bahagian bawah tubuh anak hingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.
Bila anak duduk dalam keadaan ini mereka akan jadi selesa yang mana
otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi. Sebaliknya
mereka menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung
kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam
kedudukan ini.
Ia juga mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali anak hinggga boleh mengundang masalah hip dislocation yakni masalah kedudukan sendi pinggul. Antara kesannya adalah menjejaskan cara anak berjalan dan juga menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan.
Kekerapan anak duduk dalam bentuk W ini juga boleh memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan. Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan. Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka.

Rencana ini adalah terjemahan dari artikel What’s So Wrong With W-Sitting
Pediatric Therapy Center
http://ptcne.org/909/http://www.vanillakismis.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan