Home Klik Di Bawah

Khamis, 21 Januari 2016

Orang yang Kebingungan ketika Hari Kebangkitan

ALAM kubur merupakan alam kebangkitan setelah kita mengalami kematian. Dan, orang yang telah mempersiapkan amal baik sewaktu hidup di dunia, sungguh ia tidak akan pernah kebingungan dengan peristiwa kebangkitan itu. Lalu, bagaimana dengan diri kita? apabila pada masa hidup kita membina tahajud dan berbuat baik, maka Allah akan memberikan penerangan di alam kubur.

Jika amalan telah kita persiapkan dengan baik ketika di dunia, ketika bangkit nanti kita tidak seperti orang linglung yang sedang mengalami kebingungan atas keadaan itu. Bahkan, Allah menggambarkan bagi orang-orang yang amalnya sedikit ketika di dunia:
 
"Mereka berkata, 'Aduhai, celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat-tidur kami (kubur)? 'Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul-Nya. "(QS. Yaasiin [36]: 52)

Orang-orang yang mengalami kebingungan pada hari kebangkitan adalah mereka yang sewaktu masih hidup tidak percaya bahawa alam kubur atau hari kebangkitan itu ada. Mereka mengira bahawa selepas kehidupan di dunia itu tak ada kehidupan lagi. Mereka mengira bahawa selepas kehidupan di dunia tidak ada pertanggungjawaban.

Semoga kita tidak termasuk ke dalam orang-orang yang kebingungan ketika hari kebangkitan nanti. Semoga Allah perkenankan kita menatap wajah-Nya dan Rasul-Nya.

sumber https://www.islampos.com/ detik islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan