Home Klik Di Bawah

Ahad, 28 Februari 2016

Cara Mudah Menghilangkan Rasa Malas Dalam Diri Anda

4 Cara Mudah Menghilangkan Rasa Malas Dalam Diri Anda
4 Cara Mudah Menghilangkan Rasa Malas Dalam Diri Anda

Setiap orang pasti mempunyai sifat malas dalam diri mereka, Sifat malas datang apabila anda perlu menyiapkan sesuatu kerja, satu perkara akan tetapi tidak juga melakukakannya. Sifat malas ini adalah satu sifat yang tidak elok untuk diamalkan dan boleh mempengaruhi amalan hidup anda jika dibiarkan secara berterusan.

Mari baca artikel di bawah  ini yang diman akan membincangkan beberapa 4 Cara Mudah Menghilangkan Rasa Malas Dalam Diri Anda untuk menghilangkan rasa malas yang ada dalam diri anda, lantas kan membuatkan anda untuk menjadi orang yang lebih rajin dalam apa jua pekerjaan yang bakal dilakukan.


Cara 1: Tetapkan Matlamat Diri Dalam Diri Anda 
Orang yang bersifat malas biasa orang yang tidak langsung mempunyai matlamat dalam diri yang betul. Oleh yang demikian , untuk menghilangkan sifat malas tersebut, anda perlu ada tujuan dan ada matlamat untuk dicapai.
  1. Kenali Masalah Utama Anda
Dengan caranya, setiap kali anda berasa malas, ianya mesti disebabkan oleh sesuatu, Sifat malas ini adalah satu simptom dan bukannya masalah itu sendiri.
Cubalah tanya pada diri sendiri, kenapa anda tidak mempunyai semangat dan motivasi dalamdiri anda, adakah anda sudah terlalu letih, penat, mempunyai perasaan tidak berpuas hati, anda takut, sakit dan sebagainya. Jadi kenal pastilah kenapa anda mempunyai perasaan  seperti itu dan kemudian anda harus berdepan dengannya dan jangan sesekali melarikan diri anda.
  1. Selesaikan Masalah Utama Dahulu
Setelah anda mengenalpasti apa punca utama anda bersikap malas, selesaikanlah masalah tersebut terlebih dahulu, kemudian barulah anda boleh terus fokus kepada apa yang anda ingin lakukan. Ianya mungkin sukar, tetapi jika ianya tidak diselesaikan, sampai bila anda hendak  berterusan macam ini. Jadi sila pertimbangkan beberapa contoh ini:

i. Jika anda berasa penat, cuba rehatkan diri anda. Setiap orang sememangnya perlukan masa untuk mereka sendiri.
ii. Jika anda tidak etrlalu pandai, dapatkanlah  bantuan daripada sesiapa yang lagi pandai.
iii. Jika anda tidak lagi bersemangat dan sudah putus asa, cubalah dapatkan kembali semangat tersebut dengan mengubah tempat kerja yang lain , ubah persekitaran anda dan sebagainya.
  1. Teratur
Keadaan yang tidak sangat teratur boleh mengurangkan semangat dan motivasi diri anda, tidak kiralah sesiapa pun. Tambahan pula jika sesuatu itu boleh diatur atau disusun, lakukanllah utuk diri anda.

Ini adalah kerana suasana yang terlalu bersepah dan tidak terlalu teratur boleh mengganggu gerak kerja anda dan tumpuan anda. Oleh yang demikian, sebaik-baiknya adalah anda mengalihkan semua perkara yang dimana ianya boleh mengganggu tumpuan anda, dan untuk kekal fokus dengan kerja.

Jika anda bekerja dengan menggunakan komputer, cubalah alihkan semua benda yang berda di atas meja dan biarkannya kosong. Anda akan berasa lebih senang untuk berikan tumpuan anda kepada kerja dalam suasana macam ini.
Cara Mudah Menghilangkan Rasa Malas Dalam Diri Anda
  1. Berfikirlah Secara Positif
Kadang kala setiap perbuatan kita itu boleh membawa kepada fikiran kita dan boleh juga jadi sebaliknya. Cubalah elakkan daripada untuk berfikiran negatif. Dengan berfikiran seperti itu ianya tidak akan membawa anda pergi kemana-mana.

Setiap kali anda jika kita merasakan kegagalan, janganlah cepat untuk berputus asa dan berfikiran negatif, sebaliknya fikirkanlah bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut.
  1. Fikirkan Apa Yang Anda Dapat
Setelah anda berfikiran positif, kemudian adalah anda memikirkan sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada anda. Semua orang pasti mahukan kejayaan, duit dan sebagainya.

Cuba fikirkannya, jika anda dapat menyelesaikan tugasan tersebut dalam jangka masa yang telah ditetapkan, apa yang anda mungkin dapat? Contohnya adalah orang yang berniaga, mereka sanggup bangun awal setiap pagi dan tidur lewat setiap malam kerana mereka berfikir bahawa dengan cara berbuat demikian, mereka boleh mendapatkan keuntungan yang lebih.

Contoh yang lain, pelajar yang rajin akan sentiasa belajar dengan tekun dan melakukan kerja-kerja rumah mereka. Hal ini adalah kerana mereka tahu dengan belajar, mereka boleh mendapatkan gred yang baik.
Itulah antara cara untuk menghilangkan rasa malas dalam diri anda.

Inilah pepatah ikot rasa hati mati.. kalau bukan kita yang mengubah diri kita siapa lagi.. bangunlah dan buang sikap malas anda!!

Sumber: panduansaya /http://tokeinfo.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan