Home Klik Di Bawah

Rabu, 10 Februari 2016

Kalau Tahu 7 Manfaat Ini, Mesti Anda Akan Mengurut Bayi Setiap Hari!

“Seronoknya kalau dapat mengurut. Sudah naik sengal-sengal urat-urat di badan ni sejak bersalin. Ingat nak mengurut juga si kecil ni, tapi bolehkah bayi yang baru lahir diurut sama?”

Tentu saja boleh! Dengan teknik urutan yang betul, bayi anda akan menjadi bayi paling beruntung di dunia!
Bayangkanlah jika anda diurut setiap hari, mesti rasa seronok dimanjakan. Sengal-sengal badan dan stress semua hilang!

Sebab itulah, begitu banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada mengurut bayi.



7 Kebaikan Mengurut Bayi

Sebenarnya, mengurut bayi bukan saja memberi kebaikan pada bayi, malah juga kepada kedua ibu bapa yang mengurutnya.
Menurut praktis kesihatan pula, urutan memang amat digalakkan, walaupun pada bayi yang baru lahir.
Ada banyak sebab kenapa bayi elok diurut, ini antara kebaikannya:

1. Bagus untuk tumbesaran bayi

Mengurut seluruh badan bayi membolehkan mereka mengetahui mengenai tubuh badan dalam suasana yang selesa apatah lagi otot dan urat mereka masih belum berkembang sepenuhnya.
Mengurut juga mensimulasikan sistem imunisasi dan meningkatkan sistem pernafasan.
mengurut bayi
Foto Kredit: www.wljn.com

2. Menguatkan ikatan kasih sayang

Apabila anda mengurut si kecil, satu hormon dikenali sebagai oxytocin akan dibebaskan oleh ibu dan anak.
Hormon yang juga dipanggil ‘the love hormone’ (hormon cinta) ini menguatkan lagi ikatan antara si ibu dan anak meningkatkan lagi ikatan kasih sayang.

3. Mengurangkan masalah kesihatan

Bukan sahaja pada si kecil, malah anda juga dapat mengurangkan stress sewaktu mengurut bayi perlahan-lahan.
Bukan itu sahaja, bayi akan mudah terlena selepas sesi mengurut setiap malam.
Jika bayi menghadapi masalah seperti sembelit atau kembung perut, mengurut juga dapat mengatasi masalah itu.
Rujuk di bawah untuk contoh carta refleksologi bayi. Dengan mengurut tapak kaki saja, ia mampu membantu melegakan anggota badan lain pada bayi.
Carta refleksologi bayi. / Foto Kredit: gentlebirth.org
Carta refleksologi bayi. / Foto Kredit: gentlebirth.org

4. Menjadikan bayi lebih relaks

Apabila anda kerap mengurut si kecil, anda akan dapati perubahan yang ketara di mana anak lebih relaks dan kurang meragam.
Ini kerana sentuhan ibu memberi keselesaan di samping membantu bayi merasa selamat sepanjang masa.

5. Menggalakkan bayi tidur awal

Lalukan sesi mengurut bayi setiap hari pada waktu yang sama sebelum tidur.
Aktiviti ini akan menggalakkan bayi tidur lebih awal dan menikmati tidur yang lena. Pilihlah minyak aromaterapi yang sesuai dan menyamankan.
Apabila dibiasakan dengan rutin yang sama setiap hari, bayi mudah mengadaptasikan jadual tidur mereka.
Jadi, tidur malam anda tidak akan lagi terganggu dengan tangisan anak.

6. Meningkatkan keyakinan diri si kecil

Apabila anda sering memberi sentuhan pada si kecil, dia akan merasa disayangi.
Lebih baik lagi, bayi akan sering menyatakan kegembiraannya dengan berkomunikasi pada anda, sama ada memberi senyuman manja atau membuat bunyi ‘mengujakan’ pada anda setiap kali mengurutnya.

7. Membantu ibu bapa mengenali si kecil

Jika dilakukan kerap, anda boleh mengetahui perubahan tubuh badan si kecil.
Manakan tidak, setiap inci badan akan dibelai dan disapu manja. Jadi, kaau ada yang tidak kena, andalah orang pertama yang mengenalpasti perubahannya.

Gembirakan Bayi Anda!

mengurut bayi
Foto Kredit: espacionoa.cl
Sambil mengurut, bayi akan merasa selesa dapat membuat ‘eye contact’ dengan anda sambil menerima belaian lembut daripada anda.

Fokus perhatian anda pada si kecil sewaktu mengurut.

Kalau boleh, jangan biarkan gangguan telefon ataupun televisyen menjadi penghalang ikatan kasih sayang anda dengan si kecil.
siraplimau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan