Home Klik Di Bawah

Khamis, 4 Februari 2016

Kerabu Romaine Lettuce yang sedap



Ini sayurnya..selalu buat ulam mentah atau salad sahaja..

Hari ni kita kongsi resepi mudah-mudah sahaja tapi sedap rasanya hehehe  Kalau nak tahu kenalah cuba ye tak?



Bahan-bahannya;

1 pohon salad romaine- potong kecil
1 biji buah tomato, buang isi dan hiris nipis
2 labu bawang merah sederhana besar
2 sudu kerisik- goreng sendiri lebih wangi berbanding readymade (Cik Wan ambil yang lebih buat nasi kerabu semlam heheh)
2 biji cili api, nak pedas tambah lagi
1 biji asam limau nipis
Garam
Gula
*garam dan gula Cik Wan jemput pakai jari jer..so agak-agaklah ye.
Segenggam ikan bilis digoreng garing.


Cara-caranya:


  1. Satukan hirisan salad, tomato dan bawang.
  2. Masukkan semua bahan seperti kerisik, garam, gula dan asam limau nipis.
  3. Gaulkan dengan tangan dan ramas-ramas sedikit (ingat kita buat kerabu bukan buat salad ye hehe)
  4. Masukkan cili padi dan ikan bilis.  Siap!!!
 http://duniacikguwan.blogspot.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan