Home Klik Di Bawah

Selasa, 23 Februari 2016

Kisah PEMBUNUH HAMZAH ra(Singa Allah)

Wahsyi dalam filem the Message

Wahsyi merupakan hamba kepada Jubair bin Muthim. 

Bapa saudara Jubair, Thuaimah bin Adiy telah mati terbunuh di perang Badar. 

Ketika kaum Quraisy bersiap untuk berperang Uhud, Jubair menemuinya. 


“Jika engkau dapat membunuh Hamzah, bapa saudara Muhammad, engkau akan aku merdekakan. Aku mahu menuntut balas kematian bapa saudaraku di Badar,” kata Jubair kepadanya.

Apabila tentera Quraisy keluar ke medan Uhud, Wahsyi turut pergi bersama-sama mereka. Wahsyi merupakan seorang Habsyi yang memang terkenal dengan kemahirannya untuk melempar tombak , dan jarang sekali sasarannya mereka tersasar. 


Apabila kedua belah pihak bertempur di medan Uhud, Wahsyi keluar mencari-cari Hamzah untuk dijadikan sasaran. Dia bertemu Hamzah yang ketika itu sedang bertarung, seolah-olahnya seekor unta yang mengamuk. Hamzah menyerang setiap musuh dengan pedangnya tanpa seorang pun dapat melawan. 

Wahsyi bersiap untuk menjadikan Hamzah sebagai sasaran. Lalu dia bersembunyi di balik batu berdekatan dengan pohon dimana sedang Hamzah bertarung.

Pada fikiran Wahsyi, apabila Hamzah semakin hampir, akan mudahlah untuk dia melemparkan tombak nya itu.



JABAL UHUD

Tatkala dia sedang merencanakan perancangannya, tiba-tiba Sibak bin Abdul Uzza datang menuju ke arah Hamzah. Melihat Sibak datang kepadanya, Hamzah berteriak, “Ah! Kamu ke sini hanya mahu mencari mati!”

Dengan sekali hayunan, kepala Sibak berguling di tanah. Maka pada ketika itulah, Wahsyi terus mengacung-acungkan tombaknya itu, dan apabila merasa sasarannya tepat, dia pun melemparkannya ke Hamzah. tombak  itu tepat mengenai bawah perutnya terus menembusi bawah selangkangnya. 

Hamzah cuba bangun menerkam Wahsyi, tetapi dia sudah tidak berdaya lagi. Wahsyi berlalu meninggalkan Hamzah di situ hingga dia mati. Kemudian dia kembali lagi untuk mengambil tombaknya itu, dan membawanya ke perkemahan. Dia duduk di situ dan menunggu. Oleh kerana dia tidak punya tujuan yang lain kecuali membunuh Hamzah, dia berharap agar dapat dimerdekakan oleh tuannya secepat mungkin seperti mana yang telah dijanjikan. 

Apabila kembali ke Makkah, Wahsyi dimerdekakan oleh tuannya. Selepas itu, dia terus tinggal di Mekah. Apabila kota Mekah ditakluki oleh Nabi Muhammad, Wahsyi melarikan diri ke Thaif dan menetap di sana. 
Ketika rombongan orang-orang Thaif bersiap-siap hendak menemui Nabi Muhammad untuk memeluk Islam, dia merasa serba salah dan tidak tahu ke mana harus melarikan diri. 
Dia berfikir untuk melarikan diri ke Syam, atau ke Yaman, ataupun ke negeri-negeri lainnya dan keadaan ini menyebabkan dia seperti menjadi orang buruan sehingga merasakan dirinya susah sekali. 



Makam Para Syuhadah Perang UHUD

Tiba-tiba ada orang yang datang kepadanya memberi nasihat. “Apakah yang engkau takutkan? Muhammad tidak membunuh orang yang masuk ke dalam agamanya dan menyaksikan syahadat kebenaran!” katanya kepada Wahsyi.

Wahsyi tidak punya jalan lain kecuali menerima nasihat itu. Dia menuju ke Madinah untuk menemui Nabi Muhammad. Tanpa diduga tiba-tiba Nabi Muhammad melihat dia berdiri di hadapannya menyaksikan syahadat kebenaran itu. Nabi Muhammad menoleh kepadanya.

“Apakah engkau ini Wahsyi?” Nabi Muhammad bertanya.

“Saya, wahai Nabi Muhammad!” kata Wahsyi.

“Duduklah! Ceritakanlah bagaimana engkau membunuh Hamzah,” kata Nabi Muhammad.

Wahsyi kemudian menceritakan kepada Nabi Muhammad cara dia membunuh Hamzah dari awal hingga akhir. Setelah selesai bercerita, Nabi Muhammad berkata kepada Wahsyi, “Awas! Jangan lagi engkau datang menunjukkan wajahmu kepadaku!”

Selepas itu, Wahsyi terus menjauhkan diri dari Nabi Muhammad, sehinggalah Nabi Muhammad meninggal dunia. Apabila kaum Muslimin keluar untuk berperang menentang Musailimah Al-Kazzab, pemimpin kaum murtad di Yamamah, Wahsyi turut serta untuk melawannya. Saat Khalifah Abubakar mengirim pasukan ke Yamamah untuk menumpas nabi palsu Musailamah Al Kadzdzab, Wahsyi ikut serta dalam pasukan ini dengan membawa tombak yang dahulu ia pergunakan membunuh Hamzah.

Ketika orang-orang sedang bertempur, Wahsyi mencuri-curi masuk dan melihat Musailimah sedang berdiri pedang yang terhunus ditangannya. Dia pun membuat persiapan untuk melempar tombak nya. Di sebelahnya ada seorang dari kaum Ansar yang mempunyai tujuan yang sama, iaitu membunuh Musailamah. 

Wahsyi terus mengacung-acungkan tombak  itu ke Musailimah.  Apabila dia merasakan bidikannya sudah cukup tepat, dia pun melempar dan mengenai sasaran. Orang Ansar itu kemudian menamatkan riwayat hidup Musailamah dengan pedangnya. WaWahsyi berkata, "Sungguh dengan tombak ini saya telah membunuh sebaik-baiknya manusia, yaitu Hamzah, saya berharap semoga Allah mengampuniku, karena dengan tombak ini pula saya telah membunuh sejahat-jahatnya manusia, yaitu Musailamah…!"


Tetapi jika benarlah dia yang membunuhnya, maka dengan demikian, dia telah membunuh Hamzah, orang yang terbaik pada masa hidup Nabi Muhammad dan juga membunuh orang yang paling jahat sesudah Nabi Muhammad, iaitu Musailamah.
mediaserius

Tiada ulasan:

Catat Ulasan