Bagaimana ini boleh menjadikan hidup saya lebih mudah?Kita semua inginkan kehidupan yang mudah.
Adakah ini akan menyekat kebebasan saya dan membuat saya menyesal kemudian nanti?
Saya juga begitu, tidak berbaloi untuk menjalani kehidupan yang singkat ini dengan hati yang dingin, keras dan dilalui dengan sukar.
Kehidupan kita, kitalah yang menentukan. Kitalah yang memilih sama ada hidup dengan mudah, atau ingin hidup dengan mudah.
Namun memudahkan kehidupan tidak semudah yang kita sangka. Ia memerlukan kita menilai kembali pemberatan setiap aspek dalam kehidupan kita dan setiap keputusan yang ingin kita ambil.
Walau apa pun yang kita buat untuk memudahkan kehidupan seharian kita, ada beberapa perkara kita harus sensitif dan memberi penekanan yang lebih, serta tak boleh kita abaikan.
Perkara-perkara ini jangan sesekali kita ‘buat mudah’, atau anda akan menyesal di suati hari nanti:
1. Jangan Memudahkan Sebarang Hubungan
Manusia, dijadikan Allah sebagai makhluk yang perlu bersosial.Hidup secara ringkas bukan bermakna kita perlu menyingkirkan orang lain disekeliling hidup kita. Kita tidak harus hidup bersendirian.
Malah kita harus melebihkan masa kita bersama keluarga, ibu bapa dan sahabat.
Yang kita harus buat adalah, menyingkir sebarang pergantungan kita terhadap gadget dan meluangkan lebih masa terhadap perkara yang memperkukuhkan ikatan.
Jangan sampai kita menyesal nanti kerana insan-insan itu telah tiada, dan kita merindui saat bersama mereka.
2. Jangan Memudahkan Peranan Kita Dalam Masyarakat
Memudahkan hidup tidak bermakna kita harus memudahkan hidup kita dengan masyarakat setempat.Malah hidup yang ringkas sepatutnya memberi kita ruang dan lebih peluang untuk hidup bersama-sama dengan orang lain.
Meluangkan masa dalam aktiviti kemasyarakatan disekitar rumah, sekolah, tempat kerja atau dikawasan kejiranan akan banyak memberi makna dalam kehidupan kita.
Setiap masa dan tenaga yang kita pasti menjanjikan kepuasan hidup yang tak terbanding, disamping ganjaran pahala yang pasti dari Allah SWT.
3. Rasa Syukur
Saya percaya kesinambungan terhadap rasa bersyukur adalah hidup secara sederhana. Apabila seseorang benar-benar rasa bersyukur, tiada rasa lain yang dapat menggantikan perasaan tersebut.Bilik yang penuh dengan gadget dan barangan mewah hanya merampas rasa bersyukur kita dengan membuatkan hidup lebih rumit. Untuk hidup dengan penuh kesyukuran, kita perlu mengenalpasti apa yang kita perlukan dan kita merasai bagaimana ia menambahbaik kewujudan kita.
Rasa bersyukur bukan semata-mata rasa berterima kasih untuk apa yang kita ada; ianya tentang percaya apa yang ada sudah mencukupi buat kita.
4. Kemurahan Hati
Need less, give more.Disepanjang kehidupan kita, pasti banyak peluang terbuka luas untuk kita berbakti dan membantu orang lain.
Kita boleh berikan tempat tinggal, makanan, masa, pertolongan dan hadiah kepada orang lain. Rasulullah SAW menganjurkan supaya kita saling memberi hadiah walaupun sedikit.
Hadiah tidak dilihat dari nilai harganya tetapi lebih kepada nilai maknawinya.
Sabda Rasulullah,
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda: “Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang”Kehidupan para ulama salaf juga penuh dengan perkara seperti ini.
Mereka saling memberi hadiah, sekecil apapun bentuknya, kadangkala ada yang hanya berupa kurma yang belum masak, ada yang berupa setangkai bunga mawar, ada yang hanya berupa garam yang ditumbuk dan tumbuhan yang wangi harumnya.
Kita semua harus melabur dalam membina hubungan silaturahim, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mencipta peluang kewangan yang lebih baik.
Hasilnya?
Pasti ketenangan minda dan hati boleh kita wujudkan. Disamping hati yang gembira, bebas dari tekanan.
5. Pelajaran: Pendidikan adalah tetap penting walau apa pun terjadi.
Ada seorang sahabat saya melahirkan rasa menyesal mengejar degree dan master yang dirasakan ‘tidak berguna’. Perkara ini turut membuatkan saya berasa sedih kerana dia mengejar pencapaian akademiknya untuk sia-sia.Pelajaran- walau apa jua keadaan pun, apabila digunakan, ia akan memperkayakan kehidupan kita dengan pemahaman yang lebih jelas, tepat dan jelas.
Bila kita menghadkan pelajaran kita, maka ia juga turut menghadkan peluang kita untuk menyumbang kepada dunia.
Untuk setiap pelaburan untuk pendidikan yang kita buat, paling tidak pun, pasti ia akan membuatkan pemikiran kita lebih matang dan jauh dalam menyelesaikan setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan kita.
6. Impian
Cita-cita dan keghairahan kita selalu tersekat dengan dengan jadual padat yang tidak pernah habis.Hidup tidak seharusnya begini. Bila kita melepaskan pergantungan terhadap gadjet dan kesibukan, kita akan mempunyai lebih masa dan tenaga untuk mengejar dan membuat apa yang kita suka itu.
Wujudkan ruang untuk kita menghidupkan cita-cita dan apa yang kita sukakan, dan selepas itu kita akan sedar apa yang selama ini membebankan kita.
Jangan meremehkan perkara ini.
7. Memaafkan
Jika anda terlibat dengan sebarang perhubungan yang bertahan lebih daripada beberapa hari, anda akan tahu bahawa kemaafan adalah sebahagian daripada hidup.Apabila kita mengurangkan kapasiti kita untuk memaafkan (atau meminta maaf), kita tak boleh berharap untuk menjadi matang dan berubah ke arah yang lebih baik.
Dalam sesuatu hubungan yang serius seperti perkahwinan, ia menuntut kita meminta maaf & memaafkan dengan ikhlas berulang kali. Lagi dan lagi.
Serius, hati kita tidak akan berasa tenang selagi kita mempertahankan ego dan tidak minta maaf terhadap kesalahan yang kita lakukan.
Meminta maaf bukan hanya sekadar apabila ia memang salah kita, namun sebagai ubat supaya sebarang salah faham tidak berlarutan.
Kadang hati kita tak tenang dan terus-terusan terluka sebab kita terlalu sukar untuk memaafkan.
Cuba perhatikan aliran air. Apa jadi kalau sesuatu terkumpul dan bertakung terlalu lama? Air tak dapat mengalir lancar, jadi keruh dan kotor.
Begitu juga hati.
Kita terlalu sukar nak memaafkan, dan benda tu jadi benci, jadi dendam dalam hati. Maka hati kita pun kotor, sebab kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan.
Nah, itulah puncanya hati tidak tenang.
Apa yang harus kita buat?
Maafkanlah.
8. Kegembiraan
Ramai orang beranggapan hidup serba mewah itu bahagia.Kita selalu berfikir bahawa kita akan gembira apabila dapat beli semua perkara yang kita idamkan. Tetapi sebenarnya tidak.
Ia mungkin kelihatan menyedihkan untuk hidup dengan kekurangan, tetapi itu hanya kerana persepsi kita yang tidak membebaskan diri daripada belenggu mempercayai bahawa ‘nilai kebahagian’ kita datang dari apa yang kita boleh miliki.
Less stuff is more joy. Kita yang menentukan nilai kebahagiaan kita sendiri, jangan pernah menyamakan kehidupan orang lain dengan kehidupan kita.
Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk berbanding-banding.
Anda selalu tidak sedar bahawa perbandingan akan membuatkan kita mempersoalkan apa yang telah kita ada.
Selalunya, anda selalu melihat rumput dihalaman tetangga lebih hijau daripada rumput halaman rumah sendiri.
Yang Pasti: Kita akan selamanya kalah dengan kehidupan orang lain
In this game of life you will never reach a point where you are better than others in every way and why would you want to be.
Sebab itulah kita tidak bahagia.
Sebab kita lazimnya akan membandingkan hidup kita dengan benda yang salah.
Penutup: kurangkan pergantungan terhadap gadjet, Perbaiki 8 perkara diatas dan nikmati hidup ini
Apa banyak perkara yang kita tidak boleh buat mudah dalam hidup ini. Bersederhana itu lebih, lebih indah.Setiap perkara pasti ada baik dan buruknya. Maka tugas kita adalah untuk menimbang perkara-perkara ini dengan cermat.
Hidup yang secara minimal (minimalist) bukanlah satu kesalahan, namun tak semua perkara kita dapat singkirkan. Pada saya, cukuplah kita berpegang kepada prinsip Qanaah, iaitu merasa cukup dan tidak berlebih.
Kurangkan pergantungan terhadap gadjet, dan lebihkan masa kita untuk keluarga dan diri sendiri. Apabila kita mengambil serius tentang perkara-perkara ini, pasti kita akan rasakan hidup ini lebih bermakna.
http://akuislam.com
tq for sharing
BalasPadam