Home Klik Di Bawah

Selasa, 9 Februari 2016

Makanan pertama yang akan dimakan Ahli Syurga


Kisah Abdullah bin Salam

Ada yang bertanya kepada UAI mengenai sebuah kisah Abdullah bin Salam yang bertanyakan tiga soalan kepada Rasulullah SAW. Pertanyaan beliau adalah seperti berikut:



Soalan:
assalamualaikum Ustaz Azhar Idrus ( Original ) ley x bg pcerahan tntg jwpan yg dtny oleh pmuda ni?

Kisah Abdullah Bin Salam memeluk Islam Allah SWT berfirman: Maksudnya: Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah dan kamu mengingkarinya, pada hal ada seorang saksi dari Bani Israil memberi keterangan mengakui (sahnya Kitab) yang sama seperti Al-Quran ini, lalu ia percayakan (Al-Quran ini dari Allah), sedang kamu dengan sombong angkuh mengingkarinya? (Tidakkah dengan yang demikian kamu bersifat zalim)? Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim (yang degil dalam kekufurannya)". ( Surah Al-Ahqaf 46 : 10)

Ulama Tafsir menerangkan bahawa, seorang saksi daripada Bani Isreal yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah Abdullah bin Salam, yang telah datang menghadap Rasulullah SAW sesudah beliau tiba di Madinah. Sebalik sahaja beliau memandang wajah Rasulullah SAW maka beliau pun ariflah bahawa Rasulullah SAW bukanlah seorang pendusta, setelah direnungnya sepuas-puas hati bahawa inilah nabi akhir zaman yang ditunggu-tunggu selama ini.

Kemudian beliau pun berkata: "Saya nak bertanya kepada baginda mengenai Tiga masalah.
Pertama: Apakah tanda yang mula-mula sekali muncul sebagai alamat kiamat itu sudah hampir.
Kedua: Apakah makanan yang mula-mula sekali dimakan oleh para penghuni syurga.
Ketiga: Apakah puncanya sesorang itu mirip kepada rupa paras ayah atau ibunya?"

Sesudah soalan-soalan itu diberi jawapan oleh Rasulullah SAW maka Abdullah Bin Salam pun mengucapkan syahadat dengan mengatakan : "Aku bersaksi bahawa tuan seorang rasul Allah yang sebenar. (Riwayat Bukhari) -Ali Al-Sabuni : SafwahTafsir -

Jawapan:

1- Alamat permulaan akan berlaku Kiamat ialah api besar yang akan merangkul manusia dari timur ke barat.

2- Makanan pertama yang diberi kepada ahli syurga ialah hati ikan .

3- Jika air lelaki mengalahkan air perempuan maka akan jadi anak lelaki, dan jika sebaliknya akan jadi anak perempuan.

Sumber: FB UAI /viralla.blogspot.m

Tiada ulasan:

Catat Ulasan